EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Monday, January 17, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

Hari ini kami didatangi seorang guru baru, Puan Teng dari SK Gemereh. Beliau akan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Friday, January 14, 2011

Perpindahan Puan Fatimah Bt Mohd Zain

Kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Salah seorang guru yang berdedikasi dan baik serta berkomitmen tinggi terhadap tugas di sekolah ini dipindahkan ke sekolah lain. Hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di sekolah ini. Mulai minggu hadapan, beliau akan mula bertugas di Sekolah Kampung Tengah. Perpindahan beliau merupakan satu kehilangan bagi kami, SK Convent. Semoga beliau tabah, bersemangat baru di sekolah baru. Terima kasih Puan Fatimah. Jasamu tetap dikenang oleh semua guru dan anak-anak murid sekolah ini.

Wednesday, January 12, 2011

Perjumpaan Badan Beruniform Kali ke2

Aktiviti hari ini, ahli-ahli persatuan diperkenalkan dengan lagu-lagu unit masing-masing. Selain itu, ahli persatuan juga diminta melafazkan ikrar persatuan masing-masing. Aktiviti berjalan dengan lancar.

Tuesday, January 11, 2011

Cuti Hari Hol Sultan Johor 2011

Hari ini sekolah dicutikan sempena hari Hol Sultan Johor.

Monday, January 10, 2011

Kelas Tambahan 2011

Kelas tambahan telah bermula pada minggu kedua, hari ini. Murid-murid Tahun 4,5 dan 6 akan menghadiri kelas tambahan setiap hari Isnin hingga Khamis. Kelas ini bermula pada pukul 1.30 hingga 2.30 petang. Bayaran bagi kelas tambahan ini ialah RM15.00 sebulan. Sesiapa yang tidak mahu menghadiri kelas ini mesti menyerahkan surat kepada guru penyelaras kelas tambahan.

Saturday, January 8, 2011

Kursus Kepimpinan 2011






Kursus Kepimpinan 2011 bagi pengawas, pengawas pusat sumber sekolah, pembantu SPBT dan ketua kelas serta penolong ketua kelas diadakan hari ini, 8.1.2011,Sabtu. Kursus ini bermula jam 7.30 pagi untuk pendaftaran. Peserta diberi satu fail. Tepat jam 8.oo pagi, semua peserta masuk ke dewan. Aktiviti pertama dijalankan iaitu latihan nyanyian dan menaikkan bendera. tapi memandangkan cuaca tidak mengizinkan, kami hanya membuat latihan nyanyian sahaja. Kemudian barulah majlis perasmian oleh Puan Tey Siew Choo. Selepas itu, peserta kursus dan guru-guru berehat. Peserta kursus dihidangkan dengan nasi lemak ayam dan air teh o. Begitu juga dengan guru-guru. Kemudian, peserta kursus dipecahkan mengikut jawatan masing-masing. Pengawas PSS di perpustakaan di bawah kelolaan Pn. Salbiah Ontong, Pembantu SPBT di bilik SPBT di bawah kelolaan Pn. Radziah Muhydin, manakala pengawas dan ketua kelas serta penolong ketua kelas di dewan di bawah kelolaan Pn. Hjh. Ruhana dan Cik W.Nor Asekin. Selepas itu, majlis penutup di dewan. Peserta kursus diminta memberi pendapat tentang kursus hari ini. Kursus ini habis pada pukul 12.40 tengah hari.



Tahniah kepada peserta kursus dan terima kasih kepada semua guru kerana menjayakan kursus ini dengan lancar.

Thursday, January 6, 2011

Mesyuarat Kelab dan Persatuan serta Permainan 2011

Pagi ini diadakan perjumpaan kelab dan persatuan, serta permainan untuk membuat pelantikan AJK 2011. Bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 8.00, perjumpaan kelab dan persatuan. Selepas itu, perjumpaan permainan sehingga pukul 8.30 pagi. Kemudian P& p berjalan seperti biasa.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM