EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Friday, January 28, 2011

Cuti Selama Seminggu (29.1.2011 hingga 6.2.2011)

Hari ini bermula cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina 2011. Selamat bercuti kepada semua warga SK Convent, Segamat. Kepada murid-murid, buatlah ulang kaji di rumah dan siapkan latihan yang diberikan oleh guru. Sekolah akan dibuka pada 7 Februari 2011.

Wednesday, January 26, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Kokurikulum 2011

Mesyuarat penyelarasan ini membincangkan tentang aktiviti kokurikulum dan masa yang menjalankan kokurikulum. Selain itu, dibincangkan tentang penyertaan Larian Perdana Mahkota 2011 yang akan diadakan pada 12 Februari 2011(Sabtu). Tahun ini, sekolah dilantik sebagai tuan rumah bagi pertandingan Bola Baling peringkat MSSK Selatan. Mesyuarat bermula pada pukul 12.20 tengah hari sehingga 2.00 petang.

Aktiviti Seperti Biasa Biarpun Hujan Mencurah

Aktiviti Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan di kawasan padang ( luar bilik darjah ) kerana hujan. Hujan yang turun dengan lebat pada pagi ini. Perhimpunan pagi juga tidak dapat dijalankan.
Namun aktiviti pembelajaran dijalankan seperti biasa. Begitu juga aktiviti kokurikulum. Minggu ini aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah dijalankan. Semua murid tahap dua dan Tahun Tiga berkumpul di dewan.

Monday, January 24, 2011

Kutipan Borang SMM penggal 1/2011

Minggu ini bermula kutipan borang SMM ( Sistem Maklumat Murid) bagi penggal pertama tahun 2011. Borang ini telah diedarkan sebelum cuti Hari Thaipusam lagi. Borang tersebut hendaklah diserahkan sebelum cuti sempena Tahun Baru Cina.

Saturday, January 22, 2011

Sekolah Ganti 1

Hari ini merupakan sekolah ganti yang pertama sempena Tahun Baru Cina. Ramai murid yang hadir pada hari ini. Namun ada juga yang tidak hadir ke sekolah. Mungkin ada sebab yang tertentu atau tidak dijangka. Waktu pulang seperti biasa, pada pukul 1.20 petang.

Friday, January 21, 2011

Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran murid seperti biasa.

Thursday, January 20, 2011

Cuti Hari Thaipusam 2011

Hari ini cuti hari Thaipusam. Sekolah dicutikan.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM