EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Tuesday, March 30, 2010

Ujian SEGAK

Ujian SEGAK atau Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah diadakan pada 30 Mac 2010. Selepas perhimpunan pagi, semua murid Tahap Dua iaitu Tahun 4 , Tahun 5 dan Tahun 6. Antara ujian yang dilakukan ialah naik turun, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan menjangkau melunjur. Setiap stesen dikendalikan oleh seorang guru kecuali naik turun bangku memerlukan dua orang guru.

Monday, March 29, 2010

Kajian Tindakan

Taklimat mengenai kajian tindakan telah disampaikan oleh Encik Supian Hashim pada hari Jumaat, 26.3.2010 jam 12.00 tengah hari. Taklimat ini berkaitan dengan satu guru satu kajian. Melalui taklimat yang disampaikan, semua guru dikehendaki membuat satu kajian yang berkaitan dengan masalah pembelajaran murid dalam sesuatu subjek. Proposal kajian pada kali ini mestilah lebih lengkap.Kajian hendaklah dijalankan dan segala pemasalahan boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek atau singkat sahaja. Seorang guru akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid, dan melaksanakan kajian kepada murid tersebut sehingga berjaya. Guru telah melaksanakan kajian ini sebelumnya tetapi kajian mereka tidak direkodkan. Oleh itu, kini, guru-guru mesti membuat satu kajian dan merekodkannya.

Thursday, March 25, 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 telah dijalankan hari ini seperti tarikh yang ditetapkan. Mesyuarat ini bermula pada pukul 2.30 petang. seramai 68 orang yang hadir.

Motivasi Untuk Murid-murid 'Perfect Score A dan Berjaya dengan Cemerlang A Dalam UPPM 1

Pihak sekolah telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada semua murid Tahun 6 yang mencapai kejayaan cemerlang dalam UPPM 1 serta murid-murid galus yang menunjukkan peningkatan. Seramai 13 orang murid telah berjaya menguasai cemerlang A dalam mata pelajaran UPSR. Pada tahun ini, hanya 25 orang murid sahaja yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Motivasi ini adalah untuk memberi perangsang kepada murid-murid lain agar belajar dengan lebih tekun dan berusaha bersungguh-sungguh. Pihak sekolah juga mengambil berat terhadap murid-murid yang lemah. Mereka yang menunjukkan peningkatan yang baik juga diberi ganjaran.

Pelancaran Kempen Anti Dadah, Rokok dan AIDS

Pada minggu ini, bermula Kempen Anti Dadah, Rokok dan AIDS. Pelancarannya diadakan pada hari Isnin, 22 Mac 2010. Tema tahun ini ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah. Matlamat kempen ini adalah untuk memastikan murid-murid sekolah ini menjauhi dadah yang berbahaya. Ia juga memberi pendedahan kepada semua murid tentang dadah, musuh negara nombor satu. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kempen ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mewarna, melukis poster, mengarang, mencipta pantun, meneka bilangan dadah, mencari nama jenis dadah, kuiz mingguan, mendeklamasi sajak, melengkapkan perkataan, menyusun ayat, menandatangani anti dadah, dan pameran mengenai dadah. Semua murid menyertai aktiviti yang dijalankan.

Saturday, March 20, 2010

Pelaporan e-Kehadiran Online

Tindakan : Guru Besar/GPK HEM

Mohon kerjasama semua sekolah Daerah Segamat supaya dapat mengisikan data e-kehadiran online pada setiap hari persekolahan sebelum jam 9.45 pagi. Sila pastikan semua data kehadiran setiap hari persekolahan tahun ini telah dihantar.

Untuk makluman semua sekolah bahawa Tuan Pengarah Pelajaran Johor akan membentangkan data headcount kehadiran ini di Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24 Mac 2010.

Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday, March 14, 2010

Mengemaskini Data Maklumat Guru Sekolah Rendah Dalam e-GTUKAR

Tindakan : Guru Besar dan GPK1

Mohon kerjasama tuan untuk mengemaskini data maklumat guru secara online melalui laman sesawang e-GTukar di alamat http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Kerjasama tuan amat dihargai untuk membolehkan proses permohonan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan di dalam daerah berjalan lancar.

Terima kasih

Khasiat Ikan

PULAU PINANG 12 Mac - Menjadikan ikan sebagai menu harian wajib sejak kecil menjadi rahsia
kecemerlangan seorang anak subkontraktor sehingga muncul pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 peringkat negeri yang diumumkan semalam.
Edwina Tang Chooi Wern, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Lebuh Light di sini memperoleh keputusan cemerlang tertinggi 13A+

Dia yang dilihat masih terkejut dengan keputusan itu berkata, selain amat suka makan ikan, kejayaannya turut disumbang melalui usaha keras di samping mahu memberikan contoh terbaik kepada kedua-dua adik lelakinya.


"Saya amat suka makan ikan dan sejak kecil lagi keluarga saya akan memastikan ada hidangan ikan dalam menu setiap hari.


"Kalau tidak ada ikan, saya rasa agak janggal. Pada saya, ikan amat bagus kerana ia kaya dengan protein yang cukup baik untuk mencerdaskan otak," katanya ketika ditemui di sini semalam.





Nurbisa: Memang benar. Ikan sangat baik untuk minda. Tetapi, ingat...jangan makan kepala ikan......Isi ikan saja yang dimakan...

Nurbisa: Tak suka makan kepala ikan...

Friday, March 12, 2010

Aktiviti Pendidikan Moral

Aktiviti Pendidikan Moral juga diadakan pada hari ini. Aktiviti ini dikendalikan oleh Pn. Tong Ah Lan, Pn. Desirani, dan Pn. Lim Su Wan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bercerita, nyanyian dan lakonan.

Sambutan Maulidur Rasul





Hari ini, sekolah telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi. Majlis tetap berjalan dengan lancar walaupun suasana mendung. Semua murid Idan guru-guru beragama Islam berkumpul di padang. Semua berarak sambil membaca selawat ke atas Nabi. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Mohammad Shah bin Mahi dari SK Temenggung Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah. Murid-murid terpegun mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau. Ceramah yang disampaikan oleh beliau lebih menyentuh adab-adab yang perlu dipatuhi mengikut Sunnah Rasullullah S.A.W. Guru-guru juga tertarik dengan penyampaian ceramah tersebut. Antaranya Adab sewaktu makan, Adab sewaktu tidur, Adab ketika berjalan dan Adab dengan ibu bapa. Adab berpakaian juga disentuh dalam ceramah beliau. Majlis kemudian diserikan lagi dengan bacaan al-Quran oleh Adik Nurul Humairah Mohd Foad dan Farzana Ramzol. Kemudian diikuti dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun Empat dan Tahun Lima. Tajuk nasyid mereka ialah "Kelahiran Muhammad" dan "Rasul Junjungan". Akhir sekali persembahan drama daripada murid-murid Tahun Enam. Akhirnya, sebelum balik, semua murid dibekalkan dengan makanan. Selesai sudah Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2010.

Milo


Pada 11 Mac 2010, sekolah dikunjungi van Milo percuma. Semua warga SKCC diberi minuman Milo percuma. Terima kasih kepada syarikat Milo.

Wednesday, March 10, 2010

Aksi Murid -Murid Tahap 1 - 'Action Song'


Perhimpunan pada pagi 9 Mac 2010 telah dihidangkan dengan persembahan 'Action Song' oleh murid-murid tahap 1 dari darjah Satu hingga Darjah Tiga untuk dipertandingkan dalam karnival Bahasa Inggeris. Tahun ini, SKCC akan memberi peluang kepada murid tahap 1 untuk menyertainya. Persembahan ini dikelolakan oleh Pn Tong Ah Lan dan Pn Lim Su Wan. Persembahan daripada mereka sangat menarik. Panatia Bahasa Inggeris juga telah menyampaikan beberapa hadiah kepada para pemenang yang menyertai acara kuiz.

Tuesday, March 9, 2010

Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat bermula pada pukul 5.00 petang hingga pukul 6.40 petang.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Ayob bin Dom (YDP PIBG), Pn.Tey Siew Choo( Penasihat PIBG/Guru Besar), Pn.Hjh.Ruhana Daslar( Bendarahari), Cik W.Nor Asekin W.Hussain (Setiausaha), En.Supian Hashim(AJK),Pn. Tong Ah Lan( AJK), En. Tay Chee Hong(AJK),Pn.Zubaidah Hj. Mahfoz(AJK), Pn. Faiza Abu Bakar (AJK), Pn. Fatimah Mohd Zain(AJK),Pn. Desi Rani a/p Shanmugam(AJK), Pn. Norlela Mat Akhir(AJK), Pn. Norhayati Md Zan(AJK), dan Pn. Suzima Awang(AJK)
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Ayob Bin Dom, YDP PIBG SKCC. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35. Semua AJK telah bersetuju untuk mengadakan majlis itu pada 25 Mac 2010. Setiap tahun,cabutan bertuah akan diadakan. Surat Edaran Notis PIBG, Surat Mohon Sumbangan,dan Usul/cadangan akan diedarkan kepada murid pada 10 Mac 2010.



Nurbisa : Jarang dapat cabutan bertuah....Tahun ini, agak-agak dapat tak? :)

Friday, March 5, 2010

Pertandingan Bola Jaring

Hari ini pertandingan bola jaring diadakan di padang sekolah. Beberapa pasukan bola jaring dari sekolah-sekolah lain telah hadir. Permainan bermula pada pukul 8.30 pagi.







Nurbisa: Semoga pasukan bola jaring SKCC membawa kemenangan...

Thursday, March 4, 2010

Latihan Kejohanan MSSK Selatan

Sekolah Canossian Convent telah dijadikan pusat latihan kejohanan MSSK Selatan. Setiap tahun, sekolah ini dipilih sebagai tempat untuk berlatih. Murid-murid yang mendapat Johan dan Naib Johan semasa kejohanan MSSK Selatan dipilih untuk mewakili Zon Selatan ke Kejohanan MSSD yang akan diadakan pada akhir bulan Mac 2010. Latihan baru bermula hari ini. Masa latihan dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Murid-murid ini dilatih oleh beberapa orang guru dari sekolah yang berlainan. Jurulatih utama ialah Cikgu Aminoor.

Wednesday, March 3, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring


Perlawanan persahabatan bola jaring antara pasukan Sekolah Convent dengan pasukan Sekolah Kampung Tengah telah diadakan pada 3 Mac 2010. Perlawanan ini diadakan di padang sekolah SKCC. Perlawanan bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 5.45 petang.

Persediaan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 12 Mac 2010. Persediaan untuk Maulidur Rasul telah dijalankan pada waktu kokurikulum hari ini. Semua murid Islam dan guru-guru yang beragama Islam berkumpul di dewan. Manakala murid-murid bukan Islam berkumpul di perpustakaan sekolah. Semua guru dan murid berselawat dan menyanyikan lagu nasyid.

Peperiksaan


UPPM 1, PKBS 1 dan Peperiksaan LINUS telah bermula pada 2 Mac 2010 hingga 4 Mac 2010. Semoga murid-murid dapat menjawab semua soalan yang diberikan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Kejayaan Murid

Guru Besar telah menyampaikan sijil kepada pemenang-pemenang yang mewakili sekolah dalam MSSK Selatan dan Renang. Tiga orang murid telah terpilih untuk mewakili sekolah ke MSSD peringkat daerah. Murid-murid tersebut ialah Tinisa a/p Manimaran ( 100m dan 200m) , Nur Syaza Najihah binti Abd Mutalib ( Lompat Jauh) dan Nurul Aini binti Abdul Rahman ( Lompat Tinggi). Kesemuanya telah memenangi tempat kedua. Selain itu, sekolah juga telah menghantar wakili untuk acara renang. Tan Mei Yin telah berjaya memperolehi tempat kedua dalam acara renang peringkat daerah Segamat. Syabas diucapkan kepada mereka. Semoga kejayaan mereka ini memberi perangsang dan sokongan kepada pasukan bola jaring sekolah.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM