EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Tuesday, April 27, 2010

Karnival Pameran Buku 2010


Karnival Pameran Buku 2010 telah diadakan di gelanggang bola keranjang Segamat. Karnival ini berlangsung pada minggu lepas iaitu 22 April 2010. Karnival ini dianjurkan oleh Pustaka Cahaya Bintang. Banyak buku dijual di sini. Selain itu, pertandingan mewarna dan bercerita juga diadakan. Beberapa orang murid yang menyertai pertandingan tersebut telah mendapat hadiah. Dua orang murid telah dianugerahkan Tokoh Nilam 2010. Tahniah kepada mereka.

PKBS 2

PKBS 2 sedang dijalankan pada minggu ini. Ujian ini bermula pada 27.4.2010 hingga 29.4.2010. Harap murid-murid dapat menjawab kertas soalan dengan tenang.

Wednesday, April 14, 2010

Aktiviti NIE 2010

Hari ini juga, 14 April 2010, diadakan aktiviti NIE di dewan SKCC pada pukul 12.20 hingga 1.20 iaitu waktu kokurikulum. Aktiviti ini ialah aktiviti anjuran The Straits Times. Aktiviti ini di bawah pengelolaan Pn. Desi Rani. Murid-murid dikhendaki melakar gambar dan mewarna gambar tersebut.

Pertandaingan Bola Baling Peringkat Daerah Segamat

Hari ini, 14 April 2010 - Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Segamat telah diadakan di padang sekolah.

Tuesday, April 13, 2010

Pertandingan Bola Baling Peringkat MSSK Selatan

Semalam,12 Mac 2010, Pertandingan Bola Baling peringkat MSSK Selatan telah diadakan di padang sekolah pada hari ini. Sebanyak 4 buah sekolah yang menyertainya. Sekolah ini bukan sahaja dijadikan tempat pertandingan MSSK Selatan tetapi dijadikan pusat latihan bola baling bagi pasukan yang akan bertanding di peringkat daerah nanti. Pertandingan bola baling peringkat daerah akan diadakan pada hari Rabu, 14 Mac 2010. Pada tahun hadapan, sekolah kami akan menjadi tuan rumah untuk pertandingan bola baling. Tahun ni, sekolah kami ditugaskan sebagai AJK Kecil Peralatan.

Sunday, April 11, 2010

Pertukaran Guru Antara Negeri, Dalam Negeri Dan Antara Daerah Jun 2010

Ditulis oleh Azis bin Asnaban | PPPD Rendah
Tindakan : Semua Guru Sekolah-Sekolah Daerah Segamat

Permohonan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran Jun 2010 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 25 April 2020. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-

Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA 29, DG 41, DGA 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti dinyatakan dalam surat siaran. Manakala guru Gred DGA 32, DGA 34, DG 44 dan DG 48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan perisian excel) yang boleh diperolehi dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPNJ untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem Pelantikan Petugas Peperiksaan Awam 2010

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Untuk makluman Sistem Pelantikan Petugas Peperiksaan Awam UPSR/PMR/SPM/STPM & MUET 2010 boleh didapati melalui email Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat di alamat uppsgmt@yahoo.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya pasword 123456.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Pertandingan Membaca dan Bercerita



Pada Khamis, 8 April 2010 -Pertandingan bercerita anjuran Panatia Bahasa Melayu telah diadakan semasa waktu kokurikulum. Murid-murid telah dimaklumkan pada minggu lepas supaya bersedia untuk menyampaikan cerita mereka. Semua murid yang berminat boleh menyertainya tanpa mengira bangsa. Perkara yang dinilai ialah dari segi intonasi bercerita, kelancaran dan gaya persembahan. Di samping itu, mesej atau pengajaran daripada cerita tersebut juga dinilai.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu membaca cerita dan menyampaikan cerita tanpa melihat teks. Seramai 9 orang murid menyertai pertandingan membaca. Manakala seramai 8 orang menyertai pertandingan bercerita. Pertandingan ini diadili oleh Pn. Fatimah,Cik Wan dan Pn. Zaharah.
Sebenarnya, pertandingan bercerita ini bertujuan untuk mencari bakat baru dalam kategori bercerita. Murid-murid mesti menghafal cerita bukannya membaca cerita seperti mana yang berlaku hari ini. Tetapi, memandangkan ramai di antara mereka yang tidak bersedia dan kurang keyakinan dalam diri menyebabkan mereka terpaksa melihat buku. Oleh demikian, pihak jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu terpaksa mengubah corak pertandingan. Pertandingan ini juga mendapat kerjasama daripada guru perpustakaan, Pn. Salbiah Ontong. Begitu juga semua guru yang telah memberi sokongan dan motivasi kepada murid-murid didikan mereka dalam bercerita dan membaca cerita.
DiHarap pada tahun hadapan, murid-murid akan lebih bersedia. Walau bagaimanapun, pihak jawatankuasa mengucapkan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Motivasi Daripada Guru Sains

Teknik menjawab soalan UPSR Sains telah diadakan pada hari ini. Ia telah disampaikan oleh Encik Supian Hashim. Guru Sains Tahun Enam dan Penanda Kertas UPSR Sains. Murid-murid didedahkan dengan cara menjawab bahagian B/ Section B. Dengan ini, murid-murid akan lebih perihatin dalam menjawab soalan di bahagian tersebut. Tambahan pula, bahagian B, memerlukan formula untuk menjawab setiap topik yang disoal. Sesungguhnya, bahagian ini sangat penting. Jika murid-murid memahaminya, mereka tidak akan sukar menjawab soalan yang dikemukakan. Diharap selepas ini, murid-murid dapat menjawab bahagian B dengan menulis jawapan yang baik dan menepati soalan yang dinyatakan.

Wednesday, April 7, 2010

Ceramah Bahasa Melayu

Pagi ini, 7 April 2010 - Ceramah Bahasa Melayu telah diadakan di bilik komputer. Ceramah ini disampaikan oleh Pn. Hjh. Ruhana Daslar. Beliau telah memberi pendedahan menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 012 iaitu penulisan. Murid-murid mesti memahami gambar yang dipaparkan dan cuba mengeluarkan idea atau maklumat daripada gambar yang dipaparkan. Murid-murid begitu tekun dan bersemangat mendengar celoteh Pn. Hjh. Ruhana. Celoteh bukan sebarang celoteh. Celoteh yang penuh bermakna dan tersirat. Murid-murid juga tertarik dengan gambar yang dipamerkan. Semoga mereka memahami apa yang disampaikan.

Kejayaan Dalam Badminton

Semalam,6 April 2010 - Dua orang murid sekolah ini telah menyertai pertandingan badminton peringkat Zon Bandar. Perlawanan ini diadakan di SJK ( C ) Bukit Siput. Murid yang terlibat ialah Farzana Ramzol dan Syazana Ain Ramzol. Dalam acara perseorangan, kedua-duanya dapat memasuki separuh akhir. Walaupun tidak dapat ke peringkat akhir tetapi mereka tetap menduduki tempat ketiga. Kejayaan bukan setakat itu sahaja. Mereka telah berjaya menebusnya dalam acara berugu. Dengan semangat sukan yang kental dalam diri dan semangat kerjasama yang padu membolehkan mereka memperolehi Naib Johan dalam acara ini. Menurut Cikgu Supian Hashim, kedua-dua murid ini akan menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Segamat. Tahniah kepada adik Farzana dan Syazana Ain. Semoga mereka akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.

Tuesday, April 6, 2010

PERINGATAN...H1N1 dan DEMAM DENGGI...

Perhatian kepada semua murid dan guru SK Canossian Convent.

H1N1 gelombang kedua sedang mula melanda negara kita. Semua perlu berjaga-jaga. Jaga kebersihan dan kesihatan diri untuk mengelakkan virus ini. Cepatlah berjumpa doktor jika demam, batuk dan selsema.
Begitu juga dengan Demam DENGGI yang sedang merebak sekarang ini. Pastikan anak-anak tidak bermain di luar pada waktu senja antara pukul 5 petang hingga 7 malam. Nyamuk sedang aktif pada jam 5 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 7 malam...
Jagalah kebersihan persekitaran dan kebersihan diri anda.

JAUHI H1N1 dan JAUHI DENGGI!!!!!!

Cara Menjawab Soalan Matematik

Pagi ini diadakan program cara menjawab soalan Matematik. Program ini telah disampaikan oleh Pn. Radziah Muhydin. Program ini bermula jam 10.20 hingga 11.20. Semoga murid-murid dapat pengetahuan dan cara menjawab Matematik dengan lebih baik.

Monday, April 5, 2010

Program Motivasi sudah bermula..

Hari ini diadakan program motivasi yang pertama bagi murid-murid Tahun Enam. Program Motivasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid cara menjawab soalan dan memantapkan diri mereka agar bersikap lebih bersedia sebelum peperiksaan UPSR.
Motivasi Diri telah diadakan pada pagi ini selepas perhimpunan. Motivasi ini telah disampaikan oleh Pn. Desi Rani a/p Shanmugam yang juga guru Bahasa Inggeris Tahun Enam. Motivasi ini mengambil masa selama 1 jam lebih untuk memberi kesedaran kepada murid-murid Tahun Enam tentang tanggungjawab mereka dan hasrat ibu bapa, guru-guru dan semua orang yang di sekeliling mereka.
Soalan pertama untuk menguji tahap pemikiran murid-murid ialah maksud motivasi.
Pn Desirani telah membuka minda mereka agar lebih serius dalam menangani masalah pembelajaran mereka sendiri.Mereka mesti sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Semuanya bergantung kepada kehendak diri murid itu sendiri.
Bukan sahaja murid yang memainkan peranan, semua guru dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan murid-murid ini. Semoga motivasi ini, akan menyedarkan semua pihak akan tanggungjawab masing-masing.


NURBISA : Wahai anak-anak didikku, ingatlah kunci kejayaan ialah sikap dan usaha kamu.

KESALAHAN YANG SAMA

Minggu ini ialah minggu ketiga, 'spot cek' dibuat. Murid-murid masih lagi mengulangi kesalahan yang sama iaitu tidak memakai tanda nama dan berkuku panjang. Walaupun sudah diberi peringatan dan amaran berulang kali, mereka tetap tidak mengikuti peraturan. Nama-nama mereka akan dicatat dalam buku laporan SSDM jika tiga kali berturut-turut diberi peringatan atau amaran. Minggu lepas dan sebelumnya, ada di kalangan murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Ini merupakan satu kesalahan yang berat dan melanggar peraturan yang termaktub dalam buku peraturan sekolah. Diharap minggu yang seterusnya, murid-murid tidak akan mengulangi kaesalahan ini lagi.

Thursday, April 1, 2010

Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Selepas perhimpunan pagi, semua murid dan guru masuk ke dewan. Satu pertandingan mendeklamasikan sajak telah diadakan sempena Kempen Anti Dadah, Rokok dan AIDS. Murid-murid dikehendaki mendeklamasikan sajak yang berkaitan dengan Anti Dadah. Hakim yang mengadili pertandingan ini ialah Pn. Hjh. Ruhana Daslar selaku ketua hakim, Pn. Salbiah Ontong dan Pn. Fatimah Mohd Zain. Juruacaranya ialah En.Supian Hashim. Seramai 18 orang murid yang menyertai pertandingan ini. Syabas dan tahniah kepada mereka kerana berani tampil ke hadapan murid-murid yang lain.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM