EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Sunday, January 31, 2010

Macam-Macam...








Ragam Guru SKCC




Kak Ana : Tengok le tu madam..mengalahkan budak2..







Cepat le ..ambil gambar kami ni..









Sal : Amboi, berposing lak diaorang ni!

Su Wan : Tak pe le....

Ekin : Hah...nak masukkn dlm fb la tu...

Saturday, January 30, 2010

Majlis Persaraan Pekerja dan Majlis Sambutan Guru Baru














Majlis Persaraan Pekerja, Encik Mohd Nor Bin Harun telah diadakan pada 29 Januari 2010 di Hotel VIP pada pukul 8.15 malam. Selain itu, majlis sambutan guru baru, Pn. Lim Su Wan juga diadakan pada malam itu.

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun Enam




Pada 29 Januari 2010, satu majlis perjumpaan ibu bapa atau penjaga telah diadakan. Program ini merupakan perjumpaan ibu bapa atau penjaga dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran TERAS iaitu Bahasa Melayu ( Pn. Hjh. Ruhana Daslar), Bahasa Inggeris ( Pn. Desirani a/p Shanmugam ) , Matematik ( Pn. Radziah Muhydin) dan Sains ( Encik Supian Hashim). Perjumpaan ini merupakan satu titik permulaan untuk mencapai kejayaan. Ibu bapa boleh bertanya atau berkongsi masalah anak-anak dengan guru-guru.

Minggu Mesyuarat Pertama Zon Bandar,

25 Januari hingga 29 Januari 2010, Minggu Keempat sesi persekolahan telah bermula aktiviti mesyuarat peringkat zon. Guru-guru telah menerima surat panggilan mesyuarat seperti mesyuarat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kajian Tempatan, Matematik, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani Pendidikan kesihatan, Pendidikan Sivik, Kemahiran hiudp dan lain-lain mata pelajaran. Pihak sekolah telah memastikan setiap mesyuarat tersebut dihadiri oleh guru. Minggu ini juga, Kursus Literasi dan Numerasi ( LINUS ) telah diadakan di Hotel Seri Pelangi, Muar. Kursus ini telah dihadiri oleh Cik Wan, menggantikan Pn. Norlela.

Kejayaan Pertama Sekolah - Tokoh Nilam




Pada 26 Januari 2010, Program Nilam telah diadakan di SM Munshi, Labis. Tiga orang murid sekolah SKCC telah menyertai salah satu program tersebut iaitu Tokoh Nilam. Penyertaan mereka tidak sia-sia. Mereka telah berjaya membuktikan diri sebagai Tokoh Nilam. Tempat kedua dimenangi oleh Adriana Binti Rahmat, Nurul Humairah Binti Mohd Foad pula telah mendapat tempat ketiga. Manakala Farzana Binti Ramzol telah mendapat tempat keempat. Tahniah buat mereka bertiga. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat Pn. Salbiah Binti Ontong yang telah bertungkus lumus untuk memastikan ketiga-tiga murid ini menyertai kategori Tokoh Nilam ini. Tidak sia-sia pengorbanan masa beliau kerana usaha beliau membuahkan hasil. Semoga tahun hadapan lebih ramai murid yang akan menyertai program Tokoh Nilam ini.

Kelas Tambahan

Kelas tambahan diadakan setiap hari waktu persekolahan iaitu hari Isnin hingga Khamis. Kelas tambahan bermula pada pukul 1.30 hingga 2.30 petang bagi Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Murid-murid yang tidak mengikuti kelas tambahan mesti memberi surat tunjuk sebab yang ditulis dan ditandatangani oleh ibu atau bapa atau penjaga.

Program Membaca Seawal Pagi



Melentur buluh biar dari rebungnya...Kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya...Usaha tangga kejayaan...




Begitulah pepatah Melayu...Oleh itu, wujud satu program membaca dan program Citra. Murid-murid akan membaca buku atau menulis di dalam buku Citra sebelum loceng pertama berbunyi. Semua murid Tahap Dua akan berkumpul di Zon Bahasa Inggeris. Manakala murid-murid Tahap Satu berkumpul di dalam kelas. Program ini bertujuan untuk melatih murid-murid belajar secara PAK dan mengisi ruang dengan aktiviti yang berfaedah. Program ini juga untuk membantu murid dalam mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran TERAS.

Latihan Lumba Lari dan Sukaneka

Hari kedua dan ketiga diadakan latihan larian dan sukaneka serta acara padang.

Latihan Sukan Bermula
























Latihan sukan bermula pada 19 Januari 2010. Aktiviti memanaskan badan telah dilakukan sebelum melakukan aktiviti yang seterusnya... Aktiviti senamrobik yang dikepalai oleh Cik Wan. Murid-murid seronok melakukan aktiviti senamrobik ini. Tidak ketinggalan guru-guru. Mereka juga bersama-sama bersenamrobik.





Nurbisa : Seronok tengok gaya guru...

Perjumpaan Rumah sukan

Perjumpaan rumah sukan pada 14 Januari 2010. Terdapat empat buah rumah sukan iaitu Rumah Zamrud ( Hijau ), Rumah Baiduri ( Kuning ) , Rumah Nilam ( Biru ) dan Rumah Delima ( Merah ).

Kursus Kepimpinan


Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Pengawas SPBT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas diadakan pada 16 Januari 2010. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan disiplin murid dan memaklumkan tugasan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh murid-murid yang dilantik. Kursus ini dikendalikan oleh unit HEM. Semua guru terlibat. Kursus ini diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Aktiviti yang dijalankan ialah menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Selain itu, aktiviti taklimat mengikut unit masing-masing. Pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas dikendalikan oleh Pn. Hjh. Ruhana binti Daslar dan AJK, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dikendalikan oleh Pn. Salbiah Ontong dan SPBT dikendalikan oleh Pn. Radziah Muhydin. Akhir sekali, aktiviti latihan nyanyian yang dikendalikan oleh Pn Lim Su Wan, Cik Wan, Pn. Salbiah dan guru-guru.

Mesyuarat Agung Persatuan dan Kelab, Badan Beruniform

Mesyuarat ini diadakan pada 6 Januari 2010 dan 7 Januari 2010. Pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa 2010 dan membincangkan aktiviti tahunan.

Siaran Langsung...







Siaran Langsung Perutusan Tahun 2010.
Siaran ini diadakan di dalam dewan.



Semua murid dan guru mesti mendengarnya.

En.Supian Hashim dan Cik Wan Ekin mengendalikan aktiviti siaran langsung ini.

Mesyuarat HEM dan Kokurikulum kali pertama

Mesyuarat HEM dan Kokurikulum pada 30 Disember 2009. Mesyuarat HEM menbincangkan tentang peraturan sekolah. Perubahan buku peraturan sekolah. Manakala Kokurikulum membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada 2010.

Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Panitia kali Pertama

Mesyuarat Kurikulum diadakan pada 29 Disember 2009. Pn. Noorwati membentangkan pencapaian UPSR 2009 dan sasaran UPSR 2010. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang perubahan rancangan tahunan.
Kemudian Mesyuarat PPSMI bagi guru-guru yang mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Seterusnya, Mesyuarat Panitia.

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Mesyuarat Guru Kali Pertama diadakan pada 28 Disember 2009. Semua guru hadir kecuali Pn. Noorwati Muda. Beliau menghadiri taklimat di SMKA Segamat. Banyak perkara yang dibincangkan. Mesyuarat bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 1.30 petang.

Persekolahan bermula..


04 Januari 2010, hari pertama persekolahan. Murid-murid dan guru-guru bersemangat dan ceria.

Pembayaran Yuran Tambahan dan Jualan Buku Tulis




Pada 31 Disember 2009 dan 01 Januari 2010 telah diadakan kutipan bayaran tambahan dan penjualan buku. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bayaran ini diadakan di hadapan pejabat iaitu kawasan Zon Bahasa Inggeris.

Setelah Setahun...

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, aku berjaya mewujudkan blogspot sekolah. Selama setahun aku mengambil masa untuk mewujudkan blogspot SKCC. Kunamakan blogspot ini dengan nama Srikandi. Sempena nama majalah SKCC. Sebelum itu, aku mempelajari ilmu ict melalui blogspotku. Ilmu yang kuperolehi telah membakar semangatku untuk membina blogspot sekolah. Berkat usaha dan keyakinan yang ada dalam diri, aku tidak teragak lagi..tahun 2010, bermula blogspot SKCC.

Terima kasih buat semua rakan. Mereka juga telah membuat aku bersemangat untuk membina blogspot ini. Blogspot ini akan diisi dan dilengkap dengan aktiviti-aktiviti sekolah dan makluman terkini. Guru-guru dan murid-murid SKCC, boleh melayarinya. Aku dan rakan seperjuanganku, Pn. Salbiah akan melengkapkan Srikandi dan mengemas kini maklumat dan juga aktiviti sekolah dari semasa ke semasa. Begitu juga rakan-rakan yang lain.

Semoga blogspot Srikandi ini akan dilayari oleh semua orang.


Nurbisa : Selamat Melayari Blogspot Srikandi..

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM