EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Monday, July 19, 2010

Pelancaran Sambutan Bulan Membaca 2010

Bulan membaca ini dianjurkan oleh Pn. Salbiah Ontong, guru perpustakaan dan media sekolah. Bulan membaca ini bermula pada 19.7.2010.Bulan membaca ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid membaca. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang bulan membaca ini.
21.7.2010 - Pertandingan Mengarang Tahap 2. ( Cerita Kegemaran Saya )
Pertandingan Menyalin Cerita Tahap 1
22.7.2010 - Story Telling
Fairy Tales
28.7.2010 - Pertandingan Membaca Buku Cerita
( Murid Pemulihan dan Murid Linus)
29.7.2010 - Pertandingan Bercerita
( Cerita rakyat)
4.8.2010 - Pertunjukan Fesyen
( Memperagakan Watak dalam cerita)
5.8.2010 - Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-kanak

Sunday, July 18, 2010

Aktiviti Memasak


Chef Pn. Fatimah Mohd Zain sedang menunjuk cara.

Cik Wan menerangkan bahan yang diperlukan. Manakala Pn. Lim Su Wan dan cikgu-cikgu lain membantu mengagihkan bahan masakan kepada kumpulan.




Aktiviti memasak ini diadakan pada waktu kokurikulum. Murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid Tahun 4 , Tahun 5 dan Tahun 3. Tujuan aktiviti memasak ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan memasak makanan berasaskan roti kepada ahli-ahli badan beruniform. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai kerjasama dan menjaga kebersihan serta nilai berdikari di dalam jiwa murid-murid. Mereka juga begitu seronok dengan aktiviti ini.

Friday, July 2, 2010

Hari Terbuka 2010


Pada hari ini diadakan hari terbuka iaitu hari perjumpaan ibu bapa dengan guru. Pada 1 Jun hingga 4 Jun 2010, murid-murid telah menjalani peperiksaan Setengah Tahun. Keputusannya telah diketahui. Oleh itu, pada 2 Julai 2010, hari terbuka diadakan. Setelah perbincangan, murid-murid dibawa pulang setelah ibu atau bapa atau penjaga mereka menerima buku Laporan Adab Belajar anak-anak mereka. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak. Beberapa orang pengawas yang telah dipilih untuk menyambut kehadiran para ibu bapa ke Hari Terbuka sekolah pada hari ini.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM