EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Thursday, September 30, 2010

Pertandingan Acara Padang dan Balapan

Pertandingan acara padang dan balapan berlangsung selama dua hari iaitu pada hari rabu,29 September 2010 dan hari Khamis, 30 September 2010. Semua AJK-AJK yang terlibat mengendalikan aktiviti ini dengan baik dan lancar.

Program Kokurikulum 2010

Program kokurikulum diadakan bermula 29 September 2010 hingga 14 Oktober 2010. Program ini diadakan pada waktu kokurikulum selama 1 jam. Banyak acara dipertandingan seperti acara balapan, acara padang, permainan dalaman, galah panjang, rekacipta bahan terbuang dan pertandingan masak. Program ini dijayakan oleh semua guru dan murid kecuali murid Tahun Satu dan Tahun Dua sahaja tidak terlibat.

Tuesday, September 21, 2010

Peperiksaan UPSR dan PKBS 4 2010

Murid-murid Tahun Enam tekun menghadapi peperiksaan UPSR . Manakala murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 menduduki peperiksaan PKBS 4. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

Friday, September 3, 2010

Majlis Bersalam-salaman












Pada pukul 11.30 pagi, semua murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sempena menyambut hari raya Aidil fitri yang akan menjelang pada minggu hadapan. Kami mengucapkan selamat hari raya. Tradisi ini telah diadakan sebelum ini. Bermula dengan murid-murid Tahun Satu dan diikuti dengan murid-murid yang lain. Kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Mesyuarat Pagi




Pada pagi ini, semua guru berkumpul di bilik guru untuk bermesyuarat atau taklimat ringkas daripada Madam. Beberapa peringatan dan pesanan diberikan kepada kami. Bermesyuarat tentang cuti dan sebagainya. Mesyuarat pagi ini ringkas sahaja.

Guru PBS


Minggu ini kami menerima dua orang guru pelatih( PBS) . Mereka dari IPG Kampus Raja Melewar, Melaka. Mereka buat ROS di sekolah kami. Guru pembimbing mereka ialah Encik Supian. Mereka mula datang ke sekolah pada 30.8.2010 hingga 3.9.2010.

Watikah Untuk Murid-murid Tahun Enam 2010






Pagi ini diadakan pembacaan watikah daripada ayahanda untuk murid-murid Tahun Enam. Watikah ini telah dibaca oleh Encik Supian Hashim. Pembacaan watikah ini bermula pada pukul 10.30 pagi. Selepas pembacaan watikah, ikrar janji juga telah dilafazkan oleh murid-murid tahun Enam. Kemudian watikah ini dibahagikan kepada murid-murid Tahun Enam.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM