EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Friday, January 28, 2011

Cuti Selama Seminggu (29.1.2011 hingga 6.2.2011)

Hari ini bermula cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina 2011. Selamat bercuti kepada semua warga SK Convent, Segamat. Kepada murid-murid, buatlah ulang kaji di rumah dan siapkan latihan yang diberikan oleh guru. Sekolah akan dibuka pada 7 Februari 2011.

Wednesday, January 26, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Kokurikulum 2011

Mesyuarat penyelarasan ini membincangkan tentang aktiviti kokurikulum dan masa yang menjalankan kokurikulum. Selain itu, dibincangkan tentang penyertaan Larian Perdana Mahkota 2011 yang akan diadakan pada 12 Februari 2011(Sabtu). Tahun ini, sekolah dilantik sebagai tuan rumah bagi pertandingan Bola Baling peringkat MSSK Selatan. Mesyuarat bermula pada pukul 12.20 tengah hari sehingga 2.00 petang.

Aktiviti Seperti Biasa Biarpun Hujan Mencurah

Aktiviti Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan di kawasan padang ( luar bilik darjah ) kerana hujan. Hujan yang turun dengan lebat pada pagi ini. Perhimpunan pagi juga tidak dapat dijalankan.
Namun aktiviti pembelajaran dijalankan seperti biasa. Begitu juga aktiviti kokurikulum. Minggu ini aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah dijalankan. Semua murid tahap dua dan Tahun Tiga berkumpul di dewan.

Monday, January 24, 2011

Kutipan Borang SMM penggal 1/2011

Minggu ini bermula kutipan borang SMM ( Sistem Maklumat Murid) bagi penggal pertama tahun 2011. Borang ini telah diedarkan sebelum cuti Hari Thaipusam lagi. Borang tersebut hendaklah diserahkan sebelum cuti sempena Tahun Baru Cina.

Saturday, January 22, 2011

Sekolah Ganti 1

Hari ini merupakan sekolah ganti yang pertama sempena Tahun Baru Cina. Ramai murid yang hadir pada hari ini. Namun ada juga yang tidak hadir ke sekolah. Mungkin ada sebab yang tertentu atau tidak dijangka. Waktu pulang seperti biasa, pada pukul 1.20 petang.

Friday, January 21, 2011

Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran murid seperti biasa.

Thursday, January 20, 2011

Cuti Hari Thaipusam 2011

Hari ini cuti hari Thaipusam. Sekolah dicutikan.

Monday, January 17, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

Hari ini kami didatangi seorang guru baru, Puan Teng dari SK Gemereh. Beliau akan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Friday, January 14, 2011

Perpindahan Puan Fatimah Bt Mohd Zain

Kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Salah seorang guru yang berdedikasi dan baik serta berkomitmen tinggi terhadap tugas di sekolah ini dipindahkan ke sekolah lain. Hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di sekolah ini. Mulai minggu hadapan, beliau akan mula bertugas di Sekolah Kampung Tengah. Perpindahan beliau merupakan satu kehilangan bagi kami, SK Convent. Semoga beliau tabah, bersemangat baru di sekolah baru. Terima kasih Puan Fatimah. Jasamu tetap dikenang oleh semua guru dan anak-anak murid sekolah ini.

Wednesday, January 12, 2011

Perjumpaan Badan Beruniform Kali ke2

Aktiviti hari ini, ahli-ahli persatuan diperkenalkan dengan lagu-lagu unit masing-masing. Selain itu, ahli persatuan juga diminta melafazkan ikrar persatuan masing-masing. Aktiviti berjalan dengan lancar.

Tuesday, January 11, 2011

Cuti Hari Hol Sultan Johor 2011

Hari ini sekolah dicutikan sempena hari Hol Sultan Johor.

Monday, January 10, 2011

Kelas Tambahan 2011

Kelas tambahan telah bermula pada minggu kedua, hari ini. Murid-murid Tahun 4,5 dan 6 akan menghadiri kelas tambahan setiap hari Isnin hingga Khamis. Kelas ini bermula pada pukul 1.30 hingga 2.30 petang. Bayaran bagi kelas tambahan ini ialah RM15.00 sebulan. Sesiapa yang tidak mahu menghadiri kelas ini mesti menyerahkan surat kepada guru penyelaras kelas tambahan.

Saturday, January 8, 2011

Kursus Kepimpinan 2011






Kursus Kepimpinan 2011 bagi pengawas, pengawas pusat sumber sekolah, pembantu SPBT dan ketua kelas serta penolong ketua kelas diadakan hari ini, 8.1.2011,Sabtu. Kursus ini bermula jam 7.30 pagi untuk pendaftaran. Peserta diberi satu fail. Tepat jam 8.oo pagi, semua peserta masuk ke dewan. Aktiviti pertama dijalankan iaitu latihan nyanyian dan menaikkan bendera. tapi memandangkan cuaca tidak mengizinkan, kami hanya membuat latihan nyanyian sahaja. Kemudian barulah majlis perasmian oleh Puan Tey Siew Choo. Selepas itu, peserta kursus dan guru-guru berehat. Peserta kursus dihidangkan dengan nasi lemak ayam dan air teh o. Begitu juga dengan guru-guru. Kemudian, peserta kursus dipecahkan mengikut jawatan masing-masing. Pengawas PSS di perpustakaan di bawah kelolaan Pn. Salbiah Ontong, Pembantu SPBT di bilik SPBT di bawah kelolaan Pn. Radziah Muhydin, manakala pengawas dan ketua kelas serta penolong ketua kelas di dewan di bawah kelolaan Pn. Hjh. Ruhana dan Cik W.Nor Asekin. Selepas itu, majlis penutup di dewan. Peserta kursus diminta memberi pendapat tentang kursus hari ini. Kursus ini habis pada pukul 12.40 tengah hari.



Tahniah kepada peserta kursus dan terima kasih kepada semua guru kerana menjayakan kursus ini dengan lancar.

Thursday, January 6, 2011

Mesyuarat Kelab dan Persatuan serta Permainan 2011

Pagi ini diadakan perjumpaan kelab dan persatuan, serta permainan untuk membuat pelantikan AJK 2011. Bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 8.00, perjumpaan kelab dan persatuan. Selepas itu, perjumpaan permainan sehingga pukul 8.30 pagi. Kemudian P& p berjalan seperti biasa.

Wednesday, January 5, 2011

Mesyuarat Badan Beruniform 2011

Tepat pukul 12.20, semua murid Tahun 4,5 dan 6 menghadiri mesyuarat badan beruniform yang pertama. Persatuan Pandu Puteri Tunas di Tahun 6, Persatuan Bulan Sabit Merah di Tahun 1 dan Persatuan Puteri Islam di bilik Agama. Perjumpaan pertama ini adalah untuk membuat pelantikan AJK baru 2011. Murid-murid Tahun 3 yang begitu teruja dengan perjumpaan ini kerana buat pertama kali mereka menyertai persatuan. Perjumpaan ini berakhir pada pukul 1.20.

Selain itu, kelas j-Qaf dijalankan bagi murid-murid Melayu Tahun 1.

Monday, January 3, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah 2011

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan 2011. Semua murid beratur di tapak perhimpunan. Kini,Sekolah Convent mempunyai guru seramai 15 orang dan 145 orang murid. Tahun ini, bermula pengajaran j-Qaf di sekolah. Kami telah menerima seorang ustaz dari SK Kg. Jawa. Ustaz ini dipinjamkan selama sebulan sahaja.
Hari pertama persekolahan, murid-murid begitu ceria dan bersemangat baru. Begitu juga dengan guru-guru. Bersemangat demi anak-anak murid mereka. Selamat kembali ke sekolah.





MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM