EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Friday, September 3, 2010

Majlis Bersalam-salaman












Pada pukul 11.30 pagi, semua murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sempena menyambut hari raya Aidil fitri yang akan menjelang pada minggu hadapan. Kami mengucapkan selamat hari raya. Tradisi ini telah diadakan sebelum ini. Bermula dengan murid-murid Tahun Satu dan diikuti dengan murid-murid yang lain. Kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Mesyuarat Pagi




Pada pagi ini, semua guru berkumpul di bilik guru untuk bermesyuarat atau taklimat ringkas daripada Madam. Beberapa peringatan dan pesanan diberikan kepada kami. Bermesyuarat tentang cuti dan sebagainya. Mesyuarat pagi ini ringkas sahaja.

Guru PBS


Minggu ini kami menerima dua orang guru pelatih( PBS) . Mereka dari IPG Kampus Raja Melewar, Melaka. Mereka buat ROS di sekolah kami. Guru pembimbing mereka ialah Encik Supian. Mereka mula datang ke sekolah pada 30.8.2010 hingga 3.9.2010.

Watikah Untuk Murid-murid Tahun Enam 2010






Pagi ini diadakan pembacaan watikah daripada ayahanda untuk murid-murid Tahun Enam. Watikah ini telah dibaca oleh Encik Supian Hashim. Pembacaan watikah ini bermula pada pukul 10.30 pagi. Selepas pembacaan watikah, ikrar janji juga telah dilafazkan oleh murid-murid tahun Enam. Kemudian watikah ini dibahagikan kepada murid-murid Tahun Enam.

Tuesday, August 31, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE -53

Anugerah Kemerdekaan Perlu Dihayati, Dihargai

Tuesday, August 31, 2010

KEMERDEKAAN ialah sebuah anugerah terbesar daripada Tuhan kepada manusia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus insaf dan bersyukur dengan anugerah kemerdekaan ini. Dengan takdir Tuhan, negara kita telah memperoleh kemerdekaan sejak 53 tahun lalu.

Kita harus mensyukuri sepenuhnya kurniaan ini kerana di dalam sejarah kehidupan hari ini, masih kedapatan banyak lagi kelompok manusia sedang bertarung memperoleh anugerah kemerdekaan.

Memandangkan negara kita sudah memperoleh anugerah kemerdekaan, maka seharusnya kita mengambil peluang dan kesempatan untuk menikmati nikmat ini. Persoalan penting di dalam hal ini ialah, bagaimanakah caranya untuk menikmati anugerah kemerdekaan ini?

Bagi saya, cara terbaik menikmati anugerah kemerdekaan ialah dengan mengamalkannya. Ada beberapa cara untuk kita mengamalkan kemerdekaan.

Cara pertama ialah dengan meningkatkan daya usaha bagi memajukan diri. Anugerah kemerdekaan memberi peluang luas kepada kita sebagai rakyat untuk mengambil peluang meningkatkan kemajuan di dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam hal ini, aspek paling utama tentu sekali di bidang ilmu dan pendidikan.


Kita harus menggunakan ruang kemerdekaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang menerusi pendidikan secara formal atau tidak formal. Peluang meningkatkan kesedaran dan keterampilan diri di pelbagai bidang ilmu adalah satu peluang keemasan yang tidak mungkin diperoleh bagi rakyat yang berada di negara terjajah.

Cara kedua dengan berusaha meningkatkan rasa bangga terhadap jati diri, sejarah dan warisan negara kita. Kemerdekaan ialah satu peluang untuk kita menunjukkan jati diri kita sebagai satu kelompok masyarakat yang unik dan tersendiri di pentas ketamadunan dunia yang rencam. Jati diri umat Melayu dan kaum serta etnik yang pelbagai tergabung sebagai satu keluarga besar berteraskan peradaban timur dan peranan Islam sebagai agama teras harus diketengahkan secara meluas dan berterusan kepada masyarakat dunia. Penonjolan peradaban ini boleh kita jelmakan menerusi tulisan, ucapan dan perwatakan peribadi kita apabila saling berhubung antara satu dengan lain di dalam atau luar negara.

Cara ketiga menerusi usaha memanfaatkan ruang kebebasan yang dimiliki bagi membina ketahanan negara mendepani cabaran hari kini dan masa depan. Seperti yang kita sedia tahu, cabaran yang sedang dihadapi negara kita amat pelbagai terutama di era baru yang dikenal sebagai globalisasi dan masyarakat terbuka. Bagi mendepani cabaran ini, negara kita harus membina daya tahan yang utuh dari pelbagai aspek terutama dalam bidang persaingan ekonomi dan sistem sosial dan politik.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus mengambil kesempatan dari ruang kemerdekaan ini dengan menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi negara menerusi meningkatkan produktiviti kerja serta membangunkan inovasi dan kreativiti di dalam perusahaan yang diceburi. Seluruh rakyat harus saling berkongsi sumber bagi memastikan pembangunan dan pengagihan ekonomi dapat dinikmati oleh seluruh rakyat jelata.

Keupayaan ketahanan negara banyak bergantung juga kepada kesejahteraan sosial. Semangat persefahaman sesama rakyat harus ditingkatkan secara berterusan. Ruang kemerdekaan harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga masyarakat bagi tujuan membangunkan kesatuan negara. Ini boleh dijayakan dengan kita memperluaskan dan mengamalkan budaya berdialog sesama warga. Pendekatan dialog adalah saluran paling berkesan bagi meleraikan perseteruan dan salah faham antara individu atau kumpulan masyarakat.

Bagi tujuan ini, kita harus mengelakkan diri dari terjebak dengan perbuatan yang boleh menimbulkan salah faham atau meningkatkan sikap bersangka buruk antara satu dengan lain. Selamat Menyambut Hari Merdeka.

Thursday, August 26, 2010

Pertandingan Sajak Merdeka

Pertandingan sajak sempena bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari ini. Pengadilnya terdiri daripada Encik Supian Hashim, Pn. Fatimah Mohd Zain dan Pn. Hjh Ruhana Daslar.

Monday, August 23, 2010

Pemantauan Linus

Pemantauan LINUS telah dijalankan pada hari ini.Seramai tiga orang pegawai dari PPD telah datang untuk melihat perjalanan kelas LINUS. Mereka datang untuk melihat pengajaran LINUS diajar oleh guru Tahun 1 di sekolah kami. Sememangnya tugas untuk mengendalikan kelas Tahun 1 bukanlah semudah seperti yang dijangkakan.Apatah lagi latar belakang dan sosio-ekonomi murid yang berbeza. Semua itu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam diri guru untuk mengawal mereka. Mereka masih menganggap diri mereka berada dalam alam tadika lagi walaupun telah hampir 8 bulan berada di alam persekolahan Tahun 1. Namun,guru yang berpengalaman dan berkaliber serta mempunyai nilai-nilai kesabaran amat penting untuk menangani ini semua sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemantauan tersebut telah menyuntikkan semangat guru-guru Tahun 1 apabila melihat markah penilaian yang diberi. Sistem pengurusan fail yang sistematik dan teratur serta kemas dan ditambah dengan pengajaran yang baik telah melayakkan keputusan gemilang. Tahniah. Pihak PPD juga berpuas hati dengan pengajaran guru LINUS.



MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM