EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Monday, January 3, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah 2011

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan 2011. Semua murid beratur di tapak perhimpunan. Kini,Sekolah Convent mempunyai guru seramai 15 orang dan 145 orang murid. Tahun ini, bermula pengajaran j-Qaf di sekolah. Kami telah menerima seorang ustaz dari SK Kg. Jawa. Ustaz ini dipinjamkan selama sebulan sahaja.
Hari pertama persekolahan, murid-murid begitu ceria dan bersemangat baru. Begitu juga dengan guru-guru. Bersemangat demi anak-anak murid mereka. Selamat kembali ke sekolah.





Wednesday, October 13, 2010

Demontrasi Masakan

Sebelum pertandingan memasak diadakan, guru-guru menunjuk cara memasak kepada kumpulan yang menyertai pertandingan memasak. Ketua guru masakan diketuai oleh Pn. Fatimah binti Mohd Zain. Kumpulan murid akan memasak dua jenis resepi berasaskan roti dan sardin. Semua bahan disediakan.

Monday, October 11, 2010

Pelancaran Penggunaan Bahasa Kebangsaan

11 Oktober 2010 diadakan majlis perlancaran Penggunaan Bahasa Kebangsaan Kita. Cikgu Supian telah mencipta puisi secara spontan. Beliau juga bersyair, bersajak dan bergurindam pada pagi ini. Dua orang murid Tahun Enam juga turut mendeklamasikan sajak berkaitan dengan bahasa Kebangsaan. Sepanjang minggu ini juga, aktiviti berkaitan dengan bahasa kita seperti menyanyi lagu Bahasa Kebangsaan Kita ( Pendidikan Muzik), melukis poster "Cintailah Bahasa Kita", menulis karangan "Cintailah Bahasa Kita".

Friday, October 1, 2010

Hari Kanak-Kanak 2010 dan Sambutan Hari Raya 1 Malaysia

1 Oktober 2010 merupakan hari yang dinantikan oleh kanak-kanak. Hari inilah yang dinanti oleh mereka. Mereka gembira kerana dapat memakai baju yang cantik. Semua murid bergembira dengan baju raya. Aktiviti sukaneka dan acara pentas diadakan.

Thursday, September 30, 2010

Pertandingan Acara Padang dan Balapan

Pertandingan acara padang dan balapan berlangsung selama dua hari iaitu pada hari rabu,29 September 2010 dan hari Khamis, 30 September 2010. Semua AJK-AJK yang terlibat mengendalikan aktiviti ini dengan baik dan lancar.

Program Kokurikulum 2010

Program kokurikulum diadakan bermula 29 September 2010 hingga 14 Oktober 2010. Program ini diadakan pada waktu kokurikulum selama 1 jam. Banyak acara dipertandingan seperti acara balapan, acara padang, permainan dalaman, galah panjang, rekacipta bahan terbuang dan pertandingan masak. Program ini dijayakan oleh semua guru dan murid kecuali murid Tahun Satu dan Tahun Dua sahaja tidak terlibat.

Tuesday, September 21, 2010

Peperiksaan UPSR dan PKBS 4 2010

Murid-murid Tahun Enam tekun menghadapi peperiksaan UPSR . Manakala murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 menduduki peperiksaan PKBS 4. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM