PULAU PINANG 12 Mac - Menjadikan ikan sebagai menu harian wajib sejak kecil menjadi rahsia
kecemerlangan seorang anak subkontraktor sehingga muncul pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 peringkat negeri yang diumumkan semalam. Edwina Tang Chooi Wern, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Lebuh Light di sini memperoleh keputusan cemerlang tertinggi 13A+
Dia yang dilihat masih terkejut dengan keputusan itu berkata, selain amat suka makan ikan, kejayaannya turut disumbang melalui usaha keras di samping mahu memberikan contoh terbaik kepada kedua-dua adik lelakinya.
"Saya amat suka makan ikan dan sejak kecil lagi keluarga saya akan memastikan ada hidangan ikan dalam menu setiap hari.
"Kalau tidak ada ikan, saya rasa agak janggal. Pada saya, ikan amat bagus kerana ia kaya dengan protein yang cukup baik untuk mencerdaskan otak," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Nurbisa: Memang benar. Ikan sangat baik untuk minda. Tetapi, ingat...jangan makan kepala ikan......Isi ikan saja yang dimakan...
Nurbisa: Tak suka makan kepala ikan...
Keputusan UPSR keluar 19 November 2012
12 years ago
No comments:
Post a Comment