EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Sunday, June 27, 2010

Perkhemahan Badan Beruniform 2010

Perkhemahan Badan Beruniform telah diadakan pada 25 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010. Perkhemahan ini diadakan di perkarangan Taman SK Convent. Perkhemahan ini disertai oleh murid-murid Tahun Empat, Lima dan Enam. Jumlah peserta ialah 53 orang. Semua guru terlibat dengan perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti diadakan seperti mencipta identiti kumpulan, permainan kod morse, kembara kreatif, asah bakat, jejak harta, gerak ala komando dan malam kebudayaan. Senaman pagi juga diadakan pada waktu pagi.





Monday, June 21, 2010

MOHON KERJASAMA

KEPADA SEMUA IBU BAPA MURID-MURID SK CONVENT

Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan pada 25 JUN 2010 hingga 27 JUN 2010. Aktiviti tersebut diadakan di kawasan sekolah.

Oleh itu, mohon kerjasama daripada pihak ibu bapa agar membenarkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti perkhemahan ini adalah salah satu kegiatan kokurikulum peringkat sekolah.

Murid-murid boleh membuat pembayaran pada hari Jumaat, 25 JUN 2010.

Sekian, terima kasih.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semua guru dan murid kelihatan ceria setelah bercuti selama dua minggu. Harap 'mood cuti' tidak mempengaruhi aktiviti sekolah. Semoga murid-murid sentiasa bersemangat untuk belajar dan melibatkan diri dengan aktiviti - aktiviti sekolah.

SELAMAT BELAJAR

Thursday, June 10, 2010

Pekerja dari GiTN

Hari ini seorang pekerja GiTN datang ke sekolah untuk mengemas kini maklumat ICT. Dia hadir pada pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Dia hendak maklumat PC yang baik dan rosak, bilangan komputer riba yang baik dan rosak, penggunaan wireless, penggunaan antivirus, bilangan switch, bilangan server yang berfungsi. Nasibnya baik. Kebetulan, guru ict masih berada di Segamat. Jadi, semua maklumat tersebut dapat diuruskan dan diperolehinya.

Tuesday, June 8, 2010

Program i - NILAM

Hari ini, 8 Jun 2010 - Melengkapkan data murid dalam i-NILAM. Data murid ini dieksport dari SMMversi4.0. Kemasukkan data ini diuruskan oleh guru data SMM sekolah, Cik Wan. Program i-NILAM dikendalikan oleh Puan Salbiah sebagai guru media sekolah. Program ini berkait dengan aktiviti membaca di kalangan murid sekolah. Jumlah buku yang dibaca akan disimpan dalam i-NILAM. Melalui sistem i-NILAM juga dapat dikenal pasti tokoh NILAM.

Terima kasih kepada Puan Fatimah yang menghadiri taklimat i-NILAM ini. Setiap langkah yang dicatat telah memudahkan saya untuk memasukkan data murid ke dalam sistem i-NILAM.

Monday, June 7, 2010

Kelas Tambahan

Hari ini bermula kelas tambahan bagi murid-murid Tahun Enam. Kelas tambahan ini diadakan selama lima hari bermula 7 Jun 2010 hingga 11 Jun 2010. Masanya dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua murid Tahun Enam diwajibkan hadir ke kelas tambahan ini. Mereka yang tidak hadir dikehendaki menunjukkan surat tunjuk sebab ketidakhadiran ke kelas tambahan. Jadual kelas tambahan adalah seperti berikut;

Isnin - Matematik - Puan Radziah Binti Muhydin
Sains - Encik Supian Bin Hashim

Selasa - Bahasa Inggeris - Puan Desirani a/p Shanmugam
Matematik - Puan Radziah Muhydin

Rabu - Bahasa Inggeris - Puan Desirani a/p Shanmugam
Sains - Encik Supian Hashim

Khamis - Bahasa Melayu - Puan Hajah Ruhana Daslar

Jumaat - Motivasi Matematik - Puan Radziah Muhydin /
Encik Nazhar


Semoga murid-murid Tahun Enam dapat memanfaatkan pembelajaran pada musim cuti ini. Terima kasih kepada ibu bapa yang perihatin dengan keperluan anak-anak mereka yang akan menghadapi UPSR. Pengorbanan ibu bapa ini amat dihargai. Begitu juga dengan guru-guru yang terlibat menjayakan kelas tambahan ini. Semoga anak-anak ini mendapat keberkatan daripada pengorbanan dan usaha mereka ini.

Program PSK

Pada hari Isnin, 7 Jun 2010 - Program PSK ( Pendidikan Sivik Kenegaraan) telah diadakan bertempat di perpustakaan sekolah. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid Tahun Empat dan Tahun Lima. Murid-murid ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mesti menyiapkan satu projek PSK. Program ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Sivik Kenegaraan. Guru-guru yang terlibat dengan program ini ialah Puan Desirani, Puan. Radziah dan Encik Ali.

Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah bermula.....

Cuti sekolah bermula pada 5 Jun 2010. Murid-murid begitu seronok apabila cuti diumumkan. Guru-guru dan murid-murid akan bercuti selama dua minggu. Bermula 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010. Bagi murid-murid Tahun 6, mereka dikehendaki hadir selama seminggu untuk menghadiri kelas tambahan. Semoga mereka faham bahawa setiap kejayaan memerlukan pengorbanan sama ada tenaga atau masa. Ini semua untuk masa depan dan kejayaan mereka. Bersakit-sakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan sahaja murid-murid yang perlu hadir ke sekolah, guru-guru yang terlibat atau tidak terlibat juga perlu hadir ke sekolah.
Program Menghasilkan Buku Skrap yang dikelolakan oleh guru PSK akan diadakan dalam cuti sekolah ini. Tidak ketinggalan program motivasi mata pelajaran Matematik untuk murid-murid Tahun Enam yang akan diadakan pada hari Jumaat. Program ini dikelolakan oleh Pn. Radziah Muhydin.

Selamat bercuti kepada guru-guru yang akan bercuti di kampung atau di mana sahaja....berhati-hatilah sewaktu pulang ke kampung. Pandu cermat jiwa selamat.

Tuesday, June 1, 2010

Peperiksaan Setengah Tahun 2010

Bermula 1 Jun 2010 hingga 4 Jun 2010, murid-murid menduduki peperiksaan setengah tahun. Semoga murid-murid SKCC dapat menjawab soalan yang dikemukakan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Sesiapa yang berusaha..dia pasti berjaya..Murid-murid Tahun Enam juga menduduki peperiksaan ini. Walau pun mereka lebih awal menduduki peperiksaan iaitu UPPM 2. Bagi minggu ini, mereka menjawab kertas soalan mata pelajaran bukan teras iaitu Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Agama, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan, dan Pendidikan Sivik Kenegaraan.

Kehadiran Pengganti Pn.Tong Ah Lan

Selamat datang dan bertugas kepada Cik Mahaletchumy ke sekolah kami menggantikan Pn Tong Ah Lan yang bersara mulai 31 MEI 2010. Kehadiran cikgu memang dinanti-nantikan oleh kami dan anak murid sekolah ini.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM