EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah bermula.....

Cuti sekolah bermula pada 5 Jun 2010. Murid-murid begitu seronok apabila cuti diumumkan. Guru-guru dan murid-murid akan bercuti selama dua minggu. Bermula 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010. Bagi murid-murid Tahun 6, mereka dikehendaki hadir selama seminggu untuk menghadiri kelas tambahan. Semoga mereka faham bahawa setiap kejayaan memerlukan pengorbanan sama ada tenaga atau masa. Ini semua untuk masa depan dan kejayaan mereka. Bersakit-sakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan sahaja murid-murid yang perlu hadir ke sekolah, guru-guru yang terlibat atau tidak terlibat juga perlu hadir ke sekolah.
Program Menghasilkan Buku Skrap yang dikelolakan oleh guru PSK akan diadakan dalam cuti sekolah ini. Tidak ketinggalan program motivasi mata pelajaran Matematik untuk murid-murid Tahun Enam yang akan diadakan pada hari Jumaat. Program ini dikelolakan oleh Pn. Radziah Muhydin.

Selamat bercuti kepada guru-guru yang akan bercuti di kampung atau di mana sahaja....berhati-hatilah sewaktu pulang ke kampung. Pandu cermat jiwa selamat.

No comments:

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM