EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Monday, May 31, 2010

Detik - Detik Terakhir Puan Tong Ah Lan Di SKCC















31 Mei 2010 - Hari ini merupakan detik-detik terakhir Pn. Tong Ah Lan berkhidmat di sekolah ini. Tepat pukul 10.45 pagi semua guru dan murid berkumpul di dewan untuk meraikan detik ini. Kehadiran Sister dan Pn. Agnes memeriahkan lagi majlis ini. Persembahan murid Tahun Empat yang memainkan lagu-lagu medley. Selepas itu, tayangan "Kenangan Bersama Pn. Tong Ah Lan" dipersembahkan. Slide ini dikendalikan oleh Cikgu Ekin dan Cikgu Supian. Murid Tahun Enam juga tidak ketinggalan menyampaikan lagu "Bertemu dan Berpisah" secara beramai-ramai dengan iringan biola yang digesek oleh Katherine Ang. Kemudian penyampaian hadiah kepada Pn. Tong Ah Lan sebagai kenangan daripada Sister, Kelab Guru dan guru-guru serta murid-murid. Akhir sekali sesi penggambaran dan lambaian terakhir buat Puan Tong Ah Lan daripada warga SKCC.

Sunday, May 30, 2010

Gelagat Guru Di Malam Jamuan Pn. Tong Ah Lan























Permainan Ketika Hari Guru 2010


Amboi, Kak Zaharah! Siap berlunjur kaki...penat ke kak? Hehehehe...

Ewah..ewah...ewah...

Asing..jangan tak asing...

Hah..letak yang ni dulu..kata Cikgu Desi

Wah, ada nyanyian duet!

Ini lak nyanyi lagu apa ek? Apa? Ooooo..."Biarku menjadi lilin" .
Hai..yang cikgu yang kecik tu, bukan main lagi lentok si Cikgu Sal tu.


Permainan apa ni? Buat Pelampung..

"Ishk..susahnya nak ikat ni," kata Cikgu Salbiah.
"Ntah..Ekin ni," Kata Cikgu Yati.



"Macam mana cara ikatnya,Kin," kata Kak Zaharah.

"Masukkan kacang dal lak,"kata Cikgu Salbiah.
" Tampi lagi Kak Timah," kata Cikgu Radziah.


Wah, tahun depan boleh jadi guru penasihat bola jaring ni!

Cepat, pancing..
"Yeh, saya dapat," kata Cikgu Suzima.
"Wah, banyaknya ikan!"Kata Pn. Tey.
"Hahah, You pancing sebelah sana, I pancing sebelah sini,"kata Cikgu Fatimah.

Hai, nak buat kenduri ke?

"Cepat ikat. Kita mesti menang,"kata Cikgu Pian.





17 Mei 2010 - Pelbagai permainan diadakan sempena sambutan Hari Guru 2010.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM