EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Sunday, May 30, 2010

Majlis Persaraan Pn. Tong Ah Lan





26 JUN 2010 - Majlis Persaraan Puan Tong Ah Lan telah diadakan di Hotel VIP, Segamat pada pukul 8.30 malam. Jamuan ini dihadiri oleh guru-guru dan AJK PIBG Sekolah Convent. Pn. Tong Ah Lan akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 1 Jun 2010. Untuk makluman semua, Pn. Tong Ah Lan telah berkhidmat di sekolah ini selama 9 tahun bermula 2001. Beliau seorang guru yang baik, rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas beliau. Beliau juga seorang yang tegas semasa mengajar anak-anak muridnya. Pn. Tong Ah Lan salah seorang AJK PIBG. Beliau sentiasa memberi komitmen dan sokongan kepada rakan-rakan setugas beliau jika diadakan aktiviti. Beliau mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Inggeris serta Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan. Beliau memegang jawatan sebagai ketua panitia Pendidikan Seni Visual. Selain itu, beliau pandai dalam tarian. Ini terbukti apabila beliau telah menyediakan dan mengajar tarian kepada murid-murid untuk persembahan bagi sesuatu majlis. Persaraan beliau telah menyebabkan kami, rakan-rakan setugas kehilangan seorang rakan yang baik dan rajin serta ramah mesra. Murid-murid juga amat menyayangi beliau walaupun beliau seorang yang tegas. Semoga Pn. Tong Ah Lan berbahagia bersama keluarga. Terima kasih Pn. Tong Ah Lan.

No comments:

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM