EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Sunday, May 23, 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah 2010









Pada 17 Mei 2010, merupakan hari yang paling istimewa buat insan yang bergelar guru. Pada hari ini, sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun tetapi memandang tahun ini, 16 Mei jatuh pada hari Ahad, maka seluruh sekolah menyambutnya pada 17 Mei 2010. Semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk bersama-sama mendengar perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Hari Guru. Majlis bermula dengan pada pukul 7.45 pagi. Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG sekolah ini, Encik Ayob Bin Dom. Ucapan murid disampaikan oleh adik Nurul Humairah Mohd Foad. Kemudian, penyampaian anugerah bagi guru-guru yang terpilih. Selepas itu, pembacaan ikrar guru oleh Guru Besar dan guru-guru. Kemudian diikuti dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa".
Seterusnya, acara sukaneka telah diadakan di tapak perhimpuan. Guru-guru dibahagikan kepada 4 kumpulan. Antara acara sukaneka yang diadakan ialah menjaringkan bola, musang berjanggut, membina pelampung dan memancing ikan polistren.
Kemudian, guru-guru dan murid-murid berehat. Tepat pada pukul 11.00 pagi, acara pentas bermula. Setiap kelas mempersembahkan lagu buat guru-guru. Yang istimewanya,lagu-lagu tersebut ialah hasil ciptaan mereka sendiri. Guru-guru juga menyampaikan lagu "Biar Ku Menjadi Lilin" secara beramai-ramai.
Akhir sekali, penyampaian hadiah dan aktiviti pertukaran hadiah serta cabutan bertuah diadakan. Majlis tamat tepat pada pukul 1.10 petang.

No comments:

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM