EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Tuesday, August 31, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE -53

Anugerah Kemerdekaan Perlu Dihayati, Dihargai

Tuesday, August 31, 2010

KEMERDEKAAN ialah sebuah anugerah terbesar daripada Tuhan kepada manusia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus insaf dan bersyukur dengan anugerah kemerdekaan ini. Dengan takdir Tuhan, negara kita telah memperoleh kemerdekaan sejak 53 tahun lalu.

Kita harus mensyukuri sepenuhnya kurniaan ini kerana di dalam sejarah kehidupan hari ini, masih kedapatan banyak lagi kelompok manusia sedang bertarung memperoleh anugerah kemerdekaan.

Memandangkan negara kita sudah memperoleh anugerah kemerdekaan, maka seharusnya kita mengambil peluang dan kesempatan untuk menikmati nikmat ini. Persoalan penting di dalam hal ini ialah, bagaimanakah caranya untuk menikmati anugerah kemerdekaan ini?

Bagi saya, cara terbaik menikmati anugerah kemerdekaan ialah dengan mengamalkannya. Ada beberapa cara untuk kita mengamalkan kemerdekaan.

Cara pertama ialah dengan meningkatkan daya usaha bagi memajukan diri. Anugerah kemerdekaan memberi peluang luas kepada kita sebagai rakyat untuk mengambil peluang meningkatkan kemajuan di dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam hal ini, aspek paling utama tentu sekali di bidang ilmu dan pendidikan.


Kita harus menggunakan ruang kemerdekaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang menerusi pendidikan secara formal atau tidak formal. Peluang meningkatkan kesedaran dan keterampilan diri di pelbagai bidang ilmu adalah satu peluang keemasan yang tidak mungkin diperoleh bagi rakyat yang berada di negara terjajah.

Cara kedua dengan berusaha meningkatkan rasa bangga terhadap jati diri, sejarah dan warisan negara kita. Kemerdekaan ialah satu peluang untuk kita menunjukkan jati diri kita sebagai satu kelompok masyarakat yang unik dan tersendiri di pentas ketamadunan dunia yang rencam. Jati diri umat Melayu dan kaum serta etnik yang pelbagai tergabung sebagai satu keluarga besar berteraskan peradaban timur dan peranan Islam sebagai agama teras harus diketengahkan secara meluas dan berterusan kepada masyarakat dunia. Penonjolan peradaban ini boleh kita jelmakan menerusi tulisan, ucapan dan perwatakan peribadi kita apabila saling berhubung antara satu dengan lain di dalam atau luar negara.

Cara ketiga menerusi usaha memanfaatkan ruang kebebasan yang dimiliki bagi membina ketahanan negara mendepani cabaran hari kini dan masa depan. Seperti yang kita sedia tahu, cabaran yang sedang dihadapi negara kita amat pelbagai terutama di era baru yang dikenal sebagai globalisasi dan masyarakat terbuka. Bagi mendepani cabaran ini, negara kita harus membina daya tahan yang utuh dari pelbagai aspek terutama dalam bidang persaingan ekonomi dan sistem sosial dan politik.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus mengambil kesempatan dari ruang kemerdekaan ini dengan menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi negara menerusi meningkatkan produktiviti kerja serta membangunkan inovasi dan kreativiti di dalam perusahaan yang diceburi. Seluruh rakyat harus saling berkongsi sumber bagi memastikan pembangunan dan pengagihan ekonomi dapat dinikmati oleh seluruh rakyat jelata.

Keupayaan ketahanan negara banyak bergantung juga kepada kesejahteraan sosial. Semangat persefahaman sesama rakyat harus ditingkatkan secara berterusan. Ruang kemerdekaan harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga masyarakat bagi tujuan membangunkan kesatuan negara. Ini boleh dijayakan dengan kita memperluaskan dan mengamalkan budaya berdialog sesama warga. Pendekatan dialog adalah saluran paling berkesan bagi meleraikan perseteruan dan salah faham antara individu atau kumpulan masyarakat.

Bagi tujuan ini, kita harus mengelakkan diri dari terjebak dengan perbuatan yang boleh menimbulkan salah faham atau meningkatkan sikap bersangka buruk antara satu dengan lain. Selamat Menyambut Hari Merdeka.

Thursday, August 26, 2010

Pertandingan Sajak Merdeka

Pertandingan sajak sempena bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari ini. Pengadilnya terdiri daripada Encik Supian Hashim, Pn. Fatimah Mohd Zain dan Pn. Hjh Ruhana Daslar.

Monday, August 23, 2010

Pemantauan Linus

Pemantauan LINUS telah dijalankan pada hari ini.Seramai tiga orang pegawai dari PPD telah datang untuk melihat perjalanan kelas LINUS. Mereka datang untuk melihat pengajaran LINUS diajar oleh guru Tahun 1 di sekolah kami. Sememangnya tugas untuk mengendalikan kelas Tahun 1 bukanlah semudah seperti yang dijangkakan.Apatah lagi latar belakang dan sosio-ekonomi murid yang berbeza. Semua itu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam diri guru untuk mengawal mereka. Mereka masih menganggap diri mereka berada dalam alam tadika lagi walaupun telah hampir 8 bulan berada di alam persekolahan Tahun 1. Namun,guru yang berpengalaman dan berkaliber serta mempunyai nilai-nilai kesabaran amat penting untuk menangani ini semua sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemantauan tersebut telah menyuntikkan semangat guru-guru Tahun 1 apabila melihat markah penilaian yang diberi. Sistem pengurusan fail yang sistematik dan teratur serta kemas dan ditambah dengan pengajaran yang baik telah melayakkan keputusan gemilang. Tahniah. Pihak PPD juga berpuas hati dengan pengajaran guru LINUS.



Thursday, August 19, 2010

Pertandingan Koir Merdeka

19.8.2010 - Pertandingan koir merdeka yang disertai oleh murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Persembahan yang menarik diadili oleh Pn. Lim Su Wan dan Encik Supian Hashim.

Tuesday, August 17, 2010

KIBARKAN JALUR GEMILANG


SABAN tahun kita rakyat Malaysia merayakan ulang tahun kemerdekaan dengan pelbagai tema. Tetapi pernahkah kita bertanya adakah kemerdekaan yang kita kecapi itu telah kita isi sepenuhnya atau dengan kata lain, adakah kita menghayati dan merenung kembali ciri-ciri yang diperlukan oleh sebuah negara yang merdeka?

Jika dikaji definisi kemerdekaan itu sendiri, kemerdekaan bukanlah sekadar
bebas daripada belenggu penjajah dalam bentuk pemerintahan. Kemerdekaan juga bermakna bebas daripada penindasan politik, ekonomi dan sosial. Meneliti sejauh itu makna kemerdekaan, sepatutnya kita kembali bertanya diri sendiri, bagaimana mahu diisi kemerdekaan ini? Kita telah bebas daripada cengkaman penjajah kira-kira 53 tahun lamanya. Usia 53 tahun bukanlah usia yang muda. Seandainya diibaratkan seorang lelaki, ia sudah berkeluarga dan mempunyai cucu. Oleh yang demikian, dalam kita merayakan ulang tahun ke-53 hari kemerdekaan yang bakal kita sambut nanti, marilah kita sama-sama menghayati dan memahami pengertian yang tersirat di sebalik yang tersurat dan tidak semata-mata menjadikannya sebagai pesta tahunan semata-mata.

Jika kita teliti tema hari kebangsaan pada tahun ini, iaitu “1Malaysia Menjana Tranformasi”, maka tergambar kepada kita akan keghairahan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang beranjakan transformasi dalam pelbagai aspek khususnya masyarakat yang berakhlak mulia.
Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011
Thursday, August 12, 2010

Permohonan pertukaran guru antara negeri/daerah dan dalam daerah bagi pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA29, DG41, DGA32 (kup), DG44 (kup) boleh dibuat secara online melalui e-GTukar mulai 1 hingga 30 September 2010.
Perhatian kepada pentadbir/pihak sekolah sila buat semakan dan pengemaskinian data maklumat guru sehingga 18 Ogos 2010.

Keputusan permohonan pertukaran guru dijangkakan pada 15 November 2010....

Wednesday, August 11, 2010

1 RAMADAN

SELAMAT BERCUTI SEMPENA 1 RAMADAN KEPADA SEMUA GURU DAN MURID-MURID SK CANOSSIAN CONVENT

Tuesday, August 10, 2010

Lawatan dan Pemantauan Nazir PJPK

Lawatan nazir ke sekolah selama dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa untuk pemantauan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Beliau memaklumkan kedatangannya adalah untuk menjalankan 'core-business'nya sebagai seorang nazir. Pemantauan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan merupakan pemantauan yang julung kalinya. Selama ini, kedatangan nazir hanyalah untuk memantau guru cemerlang dan Guru Besar cemerlang sahaja. Pihak nazir telah menegur secara berhemah tanpa mengguris perasaan sesiapa dan secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami untuk membaiki kelemahan yang ada. Seramai tiga orang guru telah dipantau pengajaran dan pembelajaran mereka. Pihak nazir begitu berpuas hati dengan pengajaran guru-guru tersebut dan Pihak pentadbir juga akui kebolehan mereka dapat melaksanakan P & P dengan baik yang sebelum ini dipantau oleh pihak mereka. Sebenarnya, guru -guru banyak berkorban. Walau sesibuk manapun, mereka tetap memberi tumpuan kepada murid-murid. Pengorbanan guru amat dihargai.Mereka tidak pernah berkira atau merungut dan sanggup mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk menyediakan bahan atau keperluan murid-murid. Mereka mahu memastikan anak-anak didik mereka berjaya dalam pelajaran. Guru-guru saling bekerjasama Niat kami yang utama adalah untuk membantu murid-murid sekolah ini supaya berjaya.

Saturday, August 7, 2010

Pertandingan Nyanyian dan Majlis Penutup Bulan Membaca 2010

Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak antara kelas telah diadakan pada hari ini sempena bulan membaca. Setiap kelas akan menyanyikan lagu kanak-kanak sahaja. Mereka dilatih oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Muzik. Pada hari ini juga, diadakan majlis penutup bulan Membaca 2010. Tahniah kepada pemenang yang berjaya.

Wednesday, August 4, 2010

BERGAYA DAN KREATIF

Pertunjukan fesyen telah diadakan pada 4.8.2010. Setiap peserta mesti menggayakan pakaian yang dipakai oleh watak dalam cerita yang mereka baca. Pelbagai gaya dan kreativiti mereka. Ada yang menggayakan watak ahli sihir, thumbelina, slepping beuty, cinderella, ibu tiri dan paling ramai suka watak puteri. Hmmmm...budak-budak. itulah watak kegemaran mereka. Sesuai dengan imaginasi mereka. Walau apa pun tahniah kepada yang berjaya. Semua peserta berpakaian cantik.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM