Lawatan nazir ke sekolah selama dua hari  iaitu hari Isnin dan Selasa untuk pemantauan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Beliau memaklumkan kedatangannya adalah untuk menjalankan 'core-business'nya sebagai seorang nazir. Pemantauan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan merupakan pemantauan yang julung kalinya. Selama ini, kedatangan nazir hanyalah untuk memantau guru cemerlang dan Guru Besar cemerlang sahaja. Pihak nazir telah menegur secara berhemah tanpa mengguris perasaan sesiapa dan secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami untuk membaiki kelemahan yang ada. Seramai tiga orang guru telah dipantau pengajaran dan pembelajaran mereka. Pihak nazir begitu berpuas hati dengan pengajaran guru-guru tersebut dan Pihak pentadbir juga akui kebolehan mereka dapat melaksanakan P & P dengan baik yang sebelum ini dipantau oleh  pihak mereka. Sebenarnya, guru -guru banyak berkorban. Walau sesibuk manapun, mereka tetap memberi tumpuan kepada murid-murid. Pengorbanan guru amat dihargai.Mereka tidak pernah berkira atau merungut dan sanggup mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk menyediakan bahan atau keperluan murid-murid. Mereka mahu memastikan anak-anak didik mereka berjaya dalam pelajaran. Guru-guru saling bekerjasama Niat kami yang utama adalah untuk membantu murid-murid sekolah ini supaya berjaya.
Keputusan UPSR keluar 19 November 2012
12 years ago


 
 
 
 

 
 
 

No comments:
Post a Comment