SABAN tahun kita rakyat Malaysia merayakan ulang tahun kemerdekaan dengan pelbagai tema. Tetapi pernahkah kita bertanya adakah kemerdekaan yang kita kecapi itu telah kita isi sepenuhnya atau dengan kata lain, adakah kita menghayati dan merenung kembali ciri-ciri yang diperlukan oleh sebuah negara yang merdeka?
Jika dikaji definisi kemerdekaan itu sendiri, kemerdekaan bukanlah sekadar
Jika dikaji definisi kemerdekaan itu sendiri, kemerdekaan bukanlah sekadar
bebas daripada belenggu penjajah dalam bentuk pemerintahan. Kemerdekaan juga bermakna bebas daripada penindasan politik, ekonomi dan sosial. Meneliti sejauh itu makna kemerdekaan, sepatutnya kita kembali bertanya diri sendiri, bagaimana mahu diisi kemerdekaan ini? Kita telah bebas daripada cengkaman penjajah kira-kira 53 tahun lamanya. Usia 53 tahun bukanlah usia yang muda. Seandainya diibaratkan seorang lelaki, ia sudah berkeluarga dan mempunyai cucu. Oleh yang demikian, dalam kita merayakan ulang tahun ke-53 hari kemerdekaan yang bakal kita sambut nanti, marilah kita sama-sama menghayati dan memahami pengertian yang tersirat di sebalik yang tersurat dan tidak semata-mata menjadikannya sebagai pesta tahunan semata-mata.
Jika kita teliti tema hari kebangsaan pada tahun ini, iaitu “1Malaysia Menjana Tranformasi”, maka tergambar kepada kita akan keghairahan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang beranjakan transformasi dalam pelbagai aspek khususnya masyarakat yang berakhlak mulia.
No comments:
Post a Comment