EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Saturday, February 6, 2010

Program Nilam











Aktiviti Bercerita















Membaca buku cerita dan menulis ringkasan cerita






Hari ini juga diadakan Program Nilam. Aktiviti ini dijalankan selepas waktu rehat. Pada pukul 10.20 pagi, semua murid dan guru-guru berkumpul di perpustakaan untuk aktiviti ini. Program Nilam ini di bawah pengelolaan Pn. Salbiah Ontong, guru perpustakaan dan guru media sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti membaca buku cerita, menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam, mencari maklumat, dan kuiz. Selain itu, aktiviti bercerita juga turut diadakan. Murid-murid seronok mengikuti program Nilam ini. Amalan membaca juga dapat dipupuk di kalangan murid melalui program ini.

Pertandingan Acara Padang











Pada 6 Februari 2010, hari ini diadakan pertandingan acara padang iaitu merejam lembing, melontar peluru, Lompat tinggi, dan lompat jauh. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Manakala murid-murid Tahun Satu dan Tahun Dua belajar seperti biasa. Hakim terdiri daripada guru-guru sekolah ini. Hakim merejam lembing ialah Cik W.Nor Asekin W.Hussain dan Pn. Radziah Muhydin, Hakim melontar peluru ialah Pn. Salbiah Ontong dan Pn. Suzima Awang, Hakim Lompat Jauh ialah Pn. Hjh. Ruhana Daslar dan Pn. Lim Su Wan. Hakim lompat tinggi ialah Pn. Norlela Mat Akhir dan Pn. Desi Rani a/p Shanmugam. Manakala pengelola peserta dan kawalan murid ialah Pn. Fatimah Mohd Zain, Pn. Hjh. Zaharah Jobok dan En. Supian Hashim.
Pertandingan ini bukan untuk membuktikan siapa kuat atau siapa lemah. Sepanjang pertandingan ini, kita dapat lihat semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Mereka bekerjasama dalam satu pasukan dan berdaya saing. Persaingan antara pasukan pertandingan yang sihat. Tidak ada pergaduhan sepanjang pertandingan. Masing-masing memberi sokongan dan galakan kepada kawan-kawan mereka yang bertanding.


Latihan Perbarisan

























Latihan perbarisan diadakan pada 4 Februari 2010 dan 5 Februari 2010. Perbarisan tahun ini diketuai oleh Nurul Humairah Binti Mohd Foad. Perbarisan disertai oleh badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pasukan Zamrud, Pasukan Baiduri, Pasukan Nilam dan Pasukan Delima. Latihan perbarisan ini bertujuan untuk melatih murid-murid berdisiplin, bertenaga dan tahan lasak walaupun berdiri di bawah cahaya matahari yang terik.
Dengan adanya latihan ini, murid-murid tidak akan penat semasa berdiri pada hari sukan nanti. Perbarisan ini terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Tetapi semasa latihan perbarisan ini, murid-murid Tahun Satu dan Tahun Dua turut serta pada hari pertama.













Nurbisa : Setiap tahun, seronok melatih murid-murid berbaris. Tetapi, murid-murid kena tahan telinga le...Dalam ketegasan masih ada kelembutan.

Thursday, February 4, 2010

Sepanjang Latihan Acara Padang





















Latihan sukan dijalankan seperti biasa. Seminggu kami tidak melakukan latihan sukan kerana menghormati kemangkatan Sultan Johor. Masa latihan minggu ini dipanjangkan iaitu bermula pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi. Hari juga ditambah bermula hari Isnin hingga Jumaat. Murid-murid telah berusaha bersungguh-sungguh agar diri mereka terpilih. Semuanya bersemangat. Minggu ini ialah pemilihan murid untuk acara padang. Pelbagai gaya diaksikan oleh murid-murid semasa latihan dijalankan. Tahun ini, murid-murid begitu bersemangat melakukan acara padang dan acara balapan serta sukaneka. Pelbagai gaya lompatan, melontar peluru dan merejam lembing dilakukan. Mereka aktif dalam sukan. Bukan murid-murid sahaja yang bersemangat kesukanan, guru-guru juga turut serta dan tidak melepaskan peluang beraksi. Guru-guru turut sama melakukan aktiviti sukan. Maklumlah hari sukan setahun sekali.

Wednesday, February 3, 2010

Penyelenggaraan Komputer



Kerja-kerja penyelenggaraan komputer telah dijalankan oleh syarikat Zali Resouces pada 2 Februari 2010. Kerja-kerja penyelenggaraan ini bermula pada pukul 12.15 hingga 3.30 petang. Tiga buah CPU terpaksa dibawa ke pejabat mereka kerana ada peralatan yang perlu diganti. Encik Ghazali memaklumkan bahawa pihak mereka akan membantu menyelenggara komputer yang ada dalam makmal komputer di sekolah kami. Saya, selaku guru ICT berasa gembira mendengarnya. Oleh itu, saya, pihak pentadbir, pihak PIBG dan guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Zali Resouces kerana membantu menyelenggarakan komputer yang rosak demi memenuhi keperluan murid-murid SK Canossian Convent. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak PPD kerana meluluskan permohonan kami. Kami tidak akan mensia-siakan kemudahan yang disediakan untuk kami. Dengan ini, murid-murid sekolah kami dapat melayari pembelajaran interaktif (ZOOM A) dengan lebih baik. Semuanya kerana anak-anak didik yang kami kasihi.


Guru penyelaras ICT : Syukur ..Alhamdulillah kerana tahun ini, kami dapat kemudahan seperti ini.

Tuesday, February 2, 2010

Ujian Pengesanan

Ujian Pengesanan telah diadakan bermula hari ni iaitu 2 Februari 2010 hingga 5 Februari 2010. Ujian ini bertujuan untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran teras. Soalan disediakan oleh pihak sekolah. Semoga murid-murid Tahun Enam dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan hati-hati dan mencapai keputusan yang cemerlang.





Nurbisa : Semoga murid-murid Tahun Enam 2010 dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
berbanding tahun lepas.

Monday, February 1, 2010

Seriusnya...

























Seriusnya wajah guru-guru . .. Mungkin...
* sedang berfikir tentang masa depan murid- murid.

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM