EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Saturday, February 6, 2010

Pertandingan Acara Padang











Pada 6 Februari 2010, hari ini diadakan pertandingan acara padang iaitu merejam lembing, melontar peluru, Lompat tinggi, dan lompat jauh. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Manakala murid-murid Tahun Satu dan Tahun Dua belajar seperti biasa. Hakim terdiri daripada guru-guru sekolah ini. Hakim merejam lembing ialah Cik W.Nor Asekin W.Hussain dan Pn. Radziah Muhydin, Hakim melontar peluru ialah Pn. Salbiah Ontong dan Pn. Suzima Awang, Hakim Lompat Jauh ialah Pn. Hjh. Ruhana Daslar dan Pn. Lim Su Wan. Hakim lompat tinggi ialah Pn. Norlela Mat Akhir dan Pn. Desi Rani a/p Shanmugam. Manakala pengelola peserta dan kawalan murid ialah Pn. Fatimah Mohd Zain, Pn. Hjh. Zaharah Jobok dan En. Supian Hashim.
Pertandingan ini bukan untuk membuktikan siapa kuat atau siapa lemah. Sepanjang pertandingan ini, kita dapat lihat semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Mereka bekerjasama dalam satu pasukan dan berdaya saing. Persaingan antara pasukan pertandingan yang sihat. Tidak ada pergaduhan sepanjang pertandingan. Masing-masing memberi sokongan dan galakan kepada kawan-kawan mereka yang bertanding.


No comments:

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM