Kerja-kerja penyelenggaraan komputer telah dijalankan oleh syarikat Zali Resouces pada 2 Februari 2010. Kerja-kerja penyelenggaraan ini bermula pada pukul 12.15 hingga 3.30 petang. Tiga buah CPU terpaksa dibawa ke pejabat mereka kerana ada peralatan yang perlu diganti. Encik Ghazali memaklumkan bahawa pihak mereka akan membantu menyelenggara komputer yang ada dalam makmal komputer di sekolah kami. Saya, selaku guru ICT berasa gembira mendengarnya. Oleh itu, saya, pihak pentadbir, pihak PIBG dan guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Zali Resouces kerana membantu menyelenggarakan komputer yang rosak demi memenuhi keperluan murid-murid SK Canossian Convent. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak PPD kerana meluluskan permohonan kami. Kami tidak akan mensia-siakan kemudahan yang disediakan untuk kami. Dengan ini, murid-murid sekolah kami dapat melayari pembelajaran interaktif (ZOOM A) dengan lebih baik. Semuanya kerana anak-anak didik yang kami kasihi.
Guru penyelaras ICT : Syukur ..Alhamdulillah kerana tahun ini, kami dapat kemudahan seperti ini.
No comments:
Post a Comment