EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Sunday, May 30, 2010

Majlis Persaraan Pn. Tong Ah Lan





26 JUN 2010 - Majlis Persaraan Puan Tong Ah Lan telah diadakan di Hotel VIP, Segamat pada pukul 8.30 malam. Jamuan ini dihadiri oleh guru-guru dan AJK PIBG Sekolah Convent. Pn. Tong Ah Lan akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 1 Jun 2010. Untuk makluman semua, Pn. Tong Ah Lan telah berkhidmat di sekolah ini selama 9 tahun bermula 2001. Beliau seorang guru yang baik, rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas beliau. Beliau juga seorang yang tegas semasa mengajar anak-anak muridnya. Pn. Tong Ah Lan salah seorang AJK PIBG. Beliau sentiasa memberi komitmen dan sokongan kepada rakan-rakan setugas beliau jika diadakan aktiviti. Beliau mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Inggeris serta Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan. Beliau memegang jawatan sebagai ketua panitia Pendidikan Seni Visual. Selain itu, beliau pandai dalam tarian. Ini terbukti apabila beliau telah menyediakan dan mengajar tarian kepada murid-murid untuk persembahan bagi sesuatu majlis. Persaraan beliau telah menyebabkan kami, rakan-rakan setugas kehilangan seorang rakan yang baik dan rajin serta ramah mesra. Murid-murid juga amat menyayangi beliau walaupun beliau seorang yang tegas. Semoga Pn. Tong Ah Lan berbahagia bersama keluarga. Terima kasih Pn. Tong Ah Lan.

Friday, May 28, 2010

UPPM 2

25 Jun hingga 27 Jun 2010 - Peperiksaan UPPM 2 bagi murid-murid Tahun 6 dijalankan. Keputusan markah UPPM 2 ini akan dianalisa dan dihantar ke PPD.

Sunday, May 23, 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah 2010









Pada 17 Mei 2010, merupakan hari yang paling istimewa buat insan yang bergelar guru. Pada hari ini, sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun tetapi memandang tahun ini, 16 Mei jatuh pada hari Ahad, maka seluruh sekolah menyambutnya pada 17 Mei 2010. Semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk bersama-sama mendengar perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Hari Guru. Majlis bermula dengan pada pukul 7.45 pagi. Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG sekolah ini, Encik Ayob Bin Dom. Ucapan murid disampaikan oleh adik Nurul Humairah Mohd Foad. Kemudian, penyampaian anugerah bagi guru-guru yang terpilih. Selepas itu, pembacaan ikrar guru oleh Guru Besar dan guru-guru. Kemudian diikuti dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa".
Seterusnya, acara sukaneka telah diadakan di tapak perhimpuan. Guru-guru dibahagikan kepada 4 kumpulan. Antara acara sukaneka yang diadakan ialah menjaringkan bola, musang berjanggut, membina pelampung dan memancing ikan polistren.
Kemudian, guru-guru dan murid-murid berehat. Tepat pada pukul 11.00 pagi, acara pentas bermula. Setiap kelas mempersembahkan lagu buat guru-guru. Yang istimewanya,lagu-lagu tersebut ialah hasil ciptaan mereka sendiri. Guru-guru juga menyampaikan lagu "Biar Ku Menjadi Lilin" secara beramai-ramai.
Akhir sekali, penyampaian hadiah dan aktiviti pertukaran hadiah serta cabutan bertuah diadakan. Majlis tamat tepat pada pukul 1.10 petang.

Gotong-Royong











Pada 13 Mei 2010 - Satu program gotong-royong telah diadakan. Program yang dijalankan selama dua jam ini adalah mengambil masa ko-kurikulum dan Pendidikan Moral yang menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah ini.Program yang sepatutnya dijalankan pada hari Sabtu ini, kami laksanakan pada hari ini. Ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pelajar sekolah ini melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong ini dan menyedarkan murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Pemeriksaan Kesihatan Tahun 1



Pada 10 Mei 2010 - Beberapa orang jururawat dari Pusat Kesihatan Bandar Putra telah datang ke sekolah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid Tahun 1.

Penarafan 5 Bintang Bagi Penggunaan ICT sekolah

Pada 5 Mei 2010, GPK 1, Pn. Noorwati Muda telah menghadiri satu taklimat SSQS di Jabatan Teknologi Pendidikan di Johor Bharu. SKCC telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah pemangkin bertaraf 5 bintang hasil analisis penggunaan ict di sekolah dan pendedahan murid dan juga guru dengan ict. Di Segamat ada beberapa buah sekolah yang mendapat penarafan 2 hingga 4 yang perlu dibantu penggunaan ict. Namun, dengan adanya kerjasama daripada PKG sudah tentu program seumpama ini boleh dijalankan.

Program Gosok Gigi

Pada 4 Mei 2010 -Program gosok gigi merupakan salah satu program sekolah yang bertujuan untuk menyedarkan murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan gigi. Program ini telah lama diwujudkan di sekolah ini. Hasilnya dapat dilihat setelah pemeriksaan doktor gigi yang datang ke sekolah telah menunjukkan peratus kerosakan gigi di kalangan pelajar sekolah ini semakin berkurangan. Pada minggu ini, Pn Lim Su Wan telah membuat analisis peratus murid-murid yang menggosok gigi dan didapati murid-murid Tahap 1 berjaya mencapai peratus yang tinggi. Mereka sedar dan sayangkan gigi mereka. Bagaimanakah murid-murid Tahap Dua?

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM