EMEL


INILAH CERITA SEKOLAH SK CONVENT SEGAMAT

PERINGATAN

1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG
BELUM
MENGHANTAR BORANG SMM. SILA
HANTAR BORANG
TERSEBUT DENGAN SEGERA
PADA 7 FEBRUARI 2011.


2. SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011
SEHINGGA
6.2.2011.

3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN
PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN
PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.

4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN
MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI,
MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI
UJIAN
PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC
2011, UPPM1
DIADAKAN.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT

Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)

* PN.NOORWATI BINTI MUDA* PN.NORHAYATI BINTI MD ZAN *

Friday, February 12, 2010

Hari Sukan Peringkat Sekolah Kali ke-26

Pada 11 Februari 2010 telah diadakan Hari Sukan peringkat sekolah kali ke-26. Majlis sukan ini telah dirasmikan oleh YB Encik Lau Chin Hoon, ADUN Pemanis. Terima kasih diucapkan kepada YB kerana sudi hadir dan merasmikan majlis tersebut. AJK - AJK PIBG juga turut hadir memeriahkan majlis sukan ini. Para ibu bapa juga turut hadir untuk menyaksikan aksi anak-anak mereka di padang. . Semua kontijen dan murid-murid telah berkumpul di padang pada pukul 2.15 petang.























Majlis pembukaan sukan bermula tepat pada pukul 2.30 petang dengan acara perbarisan lintas hormat. Perbarisan ini diketuai oleh Nurul Humairah binti Mohd Foad.



















































Kemudian ucapan Guru Besar, Puan Tey Siew Choo dan seterusnya ucapan perasmian YB Encik Lau Chin Hoon. Selepas itu, lafaz ikrar oleh semua kontijen yang diketuai oleh Nurul Humairah binti Mohd Foad.YB juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara padang. Majlis pembukaan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Supian bin Hashim.( merejam lembing, melontar peluru, Lompat tinggi, dan lompat jauh).
Pihak sekolah telah menjemput guru-guru dari sekolah lain kerana kekurangan bahagian hakim dan pengadil. Ini kerana tiga orang guru telah menghadiri mesyuarat ZOOM A dan taklimat anjuran PPD. Hakim dan pengadil terdiri daripada Pn. Mona Liza binti Nek Mat dan Cik Rabinah binti Mohd Tap( SK Kg. Tengah), Encik Masrul bin Anuar (SK Pogoh) ,Tn. Hj. Salehudin, dan Encik Ayob bin Dom ( YDP PIBG SKCC) ,Encik Rahmat bin Mustafar dan Encik Zainuddin bin Kamaruddin. Para ibu bapa juga turut hadir untuk memeriahkan lagi suasana hari sukan pada hari ini.Pelbagai acara telah dipertandingkan iaitu acara lumba lari dan sukaneka.











Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya. Rumah Nilam muncul sebagai Johan tahun 2010. Manakala Naib Johan disandang oleh Rumah Baiduri. Diikuti dengan Rumah Zamrud ,tempat ketiga dan Rumah Delima menduduki tempat keempat. Sukan tahunan sekolah kali yang ke-26 tamat pada pukul 5.30 petang dan ianya berjalan dengan lancar sekali.Komitmen yang padu di antara satu sama lain memudahkan segala yang dirancang dilaksanakan dengan baik.

No comments:

MAKLUMAT TERKINI UNTUK GURU - GURU








CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG

1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh
badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.


Terima Membaca Blog Ini......

Kembali ke sekolah

EXAM