1. PERHATIAN KEPADA MURID-MURID YANG BELUMMENGHANTAR BORANG SMM. SILA HANTAR BORANGTERSEBUT DENGAN SEGERA PADA 7 FEBRUARI 2011.
2.SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA 29.1.2011 SEHINGGA6.2.2011.
3. MARILAH BERAMAI-RAMAI MENYERTAI LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011 YANG AKAN DIADAKAN PADA 12.2.2011 DEMI KESIHATAN ANDA.
4. PERINGATAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6. JANUARI 2011 AKAN BERLALU....FEBRUARI AKAN MUNCUL 2011...PADA BULAN FEBRUARI, MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI UJIAN PENGESANAN. KEMUDIAN PADA 1-3 MAC 2011, UPPM1 DIADAKAN.
SELAMAT TAHUN BARU CINA
KEPADA MADAM TEY SIEW CHOO,PUAN LIM SU WAN DAN PUAN TENG MEY LEE DARIPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID SK CONVENT,SEGAMAT
Guru Bertugas Minggu Ini ( 31 JANUARI - 2 FEBRUARI 2011)
Hari ini juga diadakan Program Nilam. Aktiviti ini dijalankan selepas waktu rehat. Pada pukul 10.20 pagi, semua murid dan guru-guru berkumpul di perpustakaan untuk aktiviti ini. Program Nilam ini di bawah pengelolaan Pn. Salbiah Ontong, guru perpustakaan dan guru media sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti membaca buku cerita, menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam, mencari maklumat, dan kuiz. Selain itu, aktiviti bercerita juga turut diadakan. Murid-murid seronok mengikuti program Nilam ini. Amalan membaca juga dapat dipupuk di kalangan murid melalui program ini.
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG
1. Taat kepada Allah. 2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka. 3. Menghormati dan menyayangi guru. 4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri. 5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah. 6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah. 7. Sentiasa solat. 8. Berimej positif dan kemas. 9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. 10. Mahir strategi dan teknik belajar. 11. Mahir cara menghadapi peperiksaan. 12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari. 13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. 14. Menolong kawan yang memerlukan. 16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh badan. 17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. 18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.
SK Canossian Convent terletak di Kg.Abdullah Segamat. Sekolah ini mempunyai 15 orang staf guru dan lima orang bukan staf guru. Manakala Enrolmen murid sekolah ini ialah 145 orang.
2 comments:
Syabas, sambutan dari murid sungguh menggalakan
kerjasama dari cikgu2 mmg bguss... klu wat sorang xleh jln,
Post a Comment